Sibu berdarah lagi: Kes tembak-bunuh babitkan ahli perniagaan.

Posted on January 11, 2012

7


SEWAJARNYA kita berdoa dan berharap agar Sibu tidak dicop sebagai bandar pembunuhan berikutan kes terbaru yang berlaku hari ini membabitkan kejadian tembak menyebabkan seorang lelaki ahli perniagaan mati.

Persepsi demikian mungkin sudah wujud dalam minda di kalangan kita apabila seminggu yang lepas turut dikejutkan dengan kematian empat orang sekeluarga, juga akibat dibunuh.

Insiden pagi ini, kira-kira pada pukul 11, membabitkan mangsa dikenalpasti sebagai Lau Leh Hing, seorang ahli perniagaan, yang ditembak dengan beberapa das tembakan terkena dada ketika memasuki sebuah kedai di Persiaran Brooke, Sibu.

Dia meninggal dunia ketika cuba dikejarkan ke pusat perubatan oleh seorang rakan yang bersamanya ke kedai tersebut.

Tembakan itu dipercayai datang dari arah sebuah kereta yang dikatakan terus memecut selepas insiden.

Mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Sibu.

Insiden itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Shafie Ismail.

Polis sedang menyiasat kes tersebut.

Pada minggu lepas, seorang ahli perniagaan bernama Ling Tong Hock dibunuh bersama ibu dan dua anak kecilnya di rumah mereka di Jalan RTM, Sibu.

About these ads
Posted in: Jenayah, Sarawak