Kelab Isteri Taat atau Kelab Pelacur?

Posted on November 7, 2011

0


Ahad, 7 Ogos 2011, tertubuhlah cawangan Kelab Isteri Taat (KIT) di Bumi Kenyalang yang keahliannya majoriti beragama Islam.

Pada Jun lepas, penubuhan kelab itu dikecam oleh banyak pihak kerana dilihat hanya mementingkan nafsu semata-mata dalam usaha mengekalkan keharmonian rumah tangga.’

Penubuhan kelab yang kononnya ingin mengajar wanita menjadi setia dan menjalankan tanggungjawab terhadap suami adalah usaha sia-sia serta tidak sejajar dengan tuntutan Islam.

Islam menuntut suami menghormati isteri dan bukannya menjadikan isteri objek seks dalam rumah tangga.

Adakah dengan hanya pandai melayan suami di atas katil menjadikan rumah tangga bahagia.

Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed baru-baru ini mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’.

Ada pihak yang tidak setuju dengan kelab tersebut menegah wanita agar tidak menyertai kelab berkenaan kerana menyamakan tugas isteri melayan suami seperti tugas pelacur melayan pelanggan.

Kelab itu juga seolah-olah mengibaratkan martabat seorang isteri serendah pelacur.


Isteri bukan pekerja seks bagi suami kerana tugas isteri melayan suami adalah satu ibadat yang diberi ganjaran pahala daripada Allah.

Cawangan kelab berkenaan di Sarawak mempunyai keahlian seramai 200 orang, manakala di seluruh negara ialah 1,020 orang.

p/s Enggan ulas panjang lebar apabila teringat lagu nyanyian Nash, Pada Syurga Diwajahmu.

Posted in: Masalah Umum, Sosial