Perjuangan SUPP masih dinikmati kaum Cina di Sarawak.

Posted on November 8, 2011

0


Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan pada Disember 2010, iaitu kira-kira empat bulan sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak diadakan, menyuarakan keyakinannya untuk meraih semula sokongan majoriti pengundi-pengundi Cina.

Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan

Tetapi, sebaliknya, pada 16 April 2011 parti komponen Barisan Nasional itu gagal membuktikannya apabila mereka kalah teruk – cuma menang enam kerusi daripada 19 kerusi yang ditandingi.

Sebelum kekalahan menjadi realiti, Dr George Chan berkata sokongan kaum Cina kepada semakin meningkat berikutan angin perubahan yang beralih kepada Barisan.

Beliau, pada ketika itu Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata pertikaian dalaman yang melanda pakatan parti pembangkang menjadikan mereka lebih teruk berbanding Barisan.

Pakatan dikatakan berdepan begitu banyak masalah pada ketika itu. Rakyat tahu bahawa mereka hanya menabur janji palsu memandangkan mereka cakap tidak serupa bikin.

“Kini, sokongan kaum Cina telah menunjukkan peningkatan yang positif. Saya berharap mereka (masyarakat Cina) akan kembali menyokong BN,” katanya yang merupakan antara calon BN tewas di tangan calon DAP – di kerusi Piasau.

Dalam pilihan raya itu, SUPP cuma menang di dua kerusi majoriti pengundi Cina, manakala empat lagi bakinya dimenangi di kawasan majoriti Dayak. Menerusi pilihan raya negeri pada 2006, SUPP kalah lapan daripada 19 kerusi yang ditandinginya.

Wujud dakwaan sesetengah pihak kedudukan SUPP yang semakin rapuh di arena politik Sarawak berpunca akibat, antara lain, pengundi Cina tidak memahami konsep baharu bayaran sewa tanah.

Malahan, sebelum pilihan raya, jentera-jentera kerajaan bertungkus-lumus memberi penjelasan agar tidak wujud kekeliruan di kalangan tuan tanah.

SUPP yang enggan dituduh lepas tangan sahaja memainkan peranan penting, termasuk berusaha berjuang mendapatkan wang terlebih bayar berdasarkan polisi baharu diperkenalkan kerajaan.

Berita dimuat dalam The Star keluaran 24 Ogos 2011 sudah pasti memberi kepuasan dan kelegaan di kalangan pemimpin SUPP kerana usaha mereka selama ini akhirnya membuahkan hasil.

Keratan dari laman web The Star.

Perjuangan demi rakyat nampaknya membuahkan hasil. Syabas kepada Dr George yang berjuang selama ini meskipun dikatakan beliau akan bersara para Disember 2011.

Diharap berita yang menggembirakan ini mampu memulih sokongan rakyat terhadap SUPP menjelang pilihan raya umum ini.

Dan sudah pasti ‘kejayaan’ SUPP dalam mengembalikan wang terlebih bayar ini menjadi bahan cemburu dan dengki di kalangan pemimpin DAP.

DAP dijangka akan memberi kenyataan balas berikutan tindakan terkini kerajaan. Maklum balas yang negatif memang sudah sedia untuk didengar.