Rombakan kabinet: Manfaat kepada rakyat

Posted on November 8, 2011

0


SELEPAS kira-kira lima bulan menang Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 16 April 2011, kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akhirnya bakal mengumumkan keanggotaan dan struktur kabinet baru Sarawak.

Lama atau sekejap dalam menentukan kabinet negeri, itu memang hak dan kuasa budibicara Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk memutuskannya. Ramai orang sedia maklum bidang kuasa tersebut.

Sesudah BN mendapat mandat baru daripada rakyat, Abdul Taib mengambil masa untuk memikirkan apakah bentuk susunan kabinet barunya. Beliau mahu kabinet itu kelak berfungsi sepenuhnya sebagai perancang agenda pembangunan.

 

PENGALAMAN LUAS: Abdul Taib Mahmud

Baginya, komposisi dan portfolio kabinet baru itu wajar mencerminkan kewibawaan BN dalam merencanakan kerja-kerja pembangunan yang akan membawa manfaat kepada rakyat.

Sedar atau tidak, rakyat merupakan golongan sasar untuk menerima manfaat hasil pelaksanaan dan perancangan pembangunan  menerusi pembentukan kabinet baru.

Tempoh yang agak lama juga mungkin diambil sebab SUPP tewas di beberapa kerusi pada pilihan raya tersebut, termasuk Presidennnya, Tan Sri Dr George Chan yang merupakan Timbalan Ketua Menteri. Tidak ramai yang menjangka sehingga begitu teruk SUPP tewas ‘dikerjakan’ DAP. SUPP cuma menang dua kerusi majoriti Cina.

Lantas, kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri itu menyebabkan orang Cina hampir hilang sepenuhnya perwakilan dalam kabinet Abdul Taib. Meskipun demikian, Taib enggan melihat orang Cina tidak mempunyai perwakilan langsung dalam kabinet, terutama dari SUPP.

Persoalannya, adakah Dato Sri Wong Soon Koh, Timbalan Setiausaha Agung SUPP bakal menggantikan tempat Dr George Chan? Itu antara yang bakal menjadi tumpuan dalam penubuhan kabinet baru Abdul Taib kelak. Sekurang-kurangnya para penyokong BN dalam orang Cina rasa dihargai apabila jawatan kedua tertinggi dalam kuasa eksekutif Sarawak diberikan kepada wakil kaum mereka.

Paling mustahak yang wajar menjadi perhatian penganalisis politik, terutama pengkhusus dari aspek pembangunan, ialah apakah bentuk susunan teraju utama negeri.

 Susunan itu akan mencerminkan hala tuju pembangunan negeri menerusi penubuhan kementerian baru atau pemansuhan.

Kabinet baru itu mungkin menitikberatkan tentang pembangunan lanjut Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang merupakan ilham Ketua Menteri dalam melaksanakan pembangunan ekonomi dan sosial Bumi Kenyalang. SCORE dikatakan bakal membawa taraf kehidupan rakyat ke peringkat lebih tinggi atau dengan kata lain, berpendapatan tinggi.

Rakyat tidak dapat melihat kesan pembentukan kabinet secara langsung. Mereka wajar mengambil berat tentang apakah bentuk pembangunan yang bakal dilaksanakan kabinet Abdul Taib Mahmud dari perspektif mereka, sama ada nelayan, petani, penternak, penjawat awam dan pekerja swasta. Mereka harus menghayati apakah aspirasi kerajaan dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Jangan sekadar menyingkap dada akhbar dan membaca berita-berita sensasi atau berkaitan artis. Sebaliknya manfaatkan berita-berita berkaitan pembangunan dan polisi kerajaan sebagai garis panduan dalam merancang pembangunan diri.

Berikut ialah laporan akhbar The Star berkaitan pembentukan kabinet baru.

KUCHING: A new state Cabinet will be announced next week, with some changes expected to the line-up and ministerial portfolios.

“There will be some major changes that will help the state’s development,” said Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud when informing reporters of the long-awaited reshuffle.

“The line-up will not be so far different from the past but they will have to do their jobs in a new way.”

Met after he chaired the weekly Cabinet meeting at Wisma Bapa Malaysia here, Taib declined to elaborate on the reshuffle, including whether a new deputy chief minister would be appointed.

“I’ll tell you next week. I don’t know how many deputy chief ministers there will be,” he quipped when pressed for more details.

The present line-up, which comprises 10 full ministers and 12 assistant ministers, was largely retained from the previous Cabinet prior to the April 16 state election.

However, one Deputy Chief Minister’s post fell vacant after SUPP president Tan Sri Dr George Chan lost his Piasau seat in the polls.

Since then, there has been speculation that either SUPP deputy secretary-general Datuk Seri Wong Soon Koh or PRS president Tan Sri Dr James Masing could be appointed to replace Dr Chan.

Wong is currently Second Finance Minister and Environment and Public Health Minister, while Masing holds the Land Development portfolio. The deputy chief minister’s post has been represented by SUPP all these years but the dismal performance of the party in the last state election has thrown a spanner in the works.

Some SUPP leaders do not agree that the post should be given back to the party.

Wong seems like the obvious choice if Taib decides to give the post to SUPP as he is currently SUPP deputy secretary-general and the most senior representative of the party in the state government.

There are also six vacant assistant ministers’ posts, which came about after three former assistant ministers lost in the election and three others were not picked to defend their seats.

Shortly after the election, Taib made minor changes to the Cabinet by announcing that he would take over the Industrial Development portfolio while Housing and Urban Development Minister Datuk Amar Abang Johari Tun Openg was given the Tourism and Heritage portfolio. Both were previously held by Dr Chan.

The Cabinet also saw the return of Tan Sri Adenan Satem in July when he was appointed Special Functions Minister.