Siapa yang berubah?

Posted on November 8, 2011

0


Melewati kawasan Taman Muzium kira-kira jam 10 pagi, Sabtu, 13 Ogos, tempat yang ingin dijadikan oleh Movement Of Change Sarawak (MoCS) sebagai medan mengubah politik Sarawak, sudah kelihatan ramai polis berbaju seragam biru mereka meronda.

Ada juga yang kelihatan di Padang Merdeka.

Tetapi tidak pula kelihatan kumpulan orang ramai berbaju merah yang dikatakan akan menyertai perhimpunan digerakkan oleh Francis Siah.

Kemudian saya ke kedai kopi dan membelek akhbar. Muka depan Utusan Borneo memaparkan berita bertajuk “MoCS batal hasrat adakan perhimpunan”.

Dalam benak fikiran saya, siapa yang sebenarnya berubah? Sebelum ini, Francis Siah beria-ia ingin memperbetulkan demokrasi dan politik Sarawak yang didakwanya sebagai pincang.

Sekarang dia pula yang berubah fikiran di saat-saat akhir dengan alasan ingin menjaga ketenteraman awam. Ya, itu satu pemikiran yang matang.

Persoalannya, mengapa sejak awal lagi tidak memikirkan kesan penganjuran perhimpunan yang memang tidak akan membawa apa-apa kesan terhadap politik atau demokrasi.

Posted in: Masalah Umum, Politik