Sarawak sasar pengeluaran 15 juta meter padu balak.

Posted on November 21, 2011

0


Sektor perkayuan antara agen utama pertumbuhan ekonomi Sarawak

RAKAN-rakan di Semenanjung Malaysia sering mengaitkan orang Sarawak sebagai tauke balak yang membawa makna lebih dalam yakni banyak wang ringgit. Apatah lagi jika seseorang yang berasal dari Sibu yang terkenal sebagai kawasan giatnya perindustrian kayu.

Itu gambaran kasar mereka terhadap orang Sarawak yang merupakan pengeluar utama balak dan produk hiliran perkayuan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Hutan yang masih luas, menurut mereka, sudah pasti masih banyak kayu balak untuk ditebang.

Produk perkayuan merupakan satu daripada tiga penyumbang utama terhadap pertumbuhan ekonomi Sarawak, atau dengan kata lain bahan utama eksport dari Bumi Kenyalang.

Produk hiliran utama sektor perkayuan ialah papan lapis (menurut The Report, Sarawak 2011) dengan nilai eksport RM3.32 bilion pada 2009, dan meningkat kepada RM3.5 bilion untuk tempoh Januari hingga November 2010. Manakala, eksport kayu bergergaji untuk tempoh sama ialah, masing-masing, RM1.75 bilion dan RM1.78 bilion.

Kemajuan sektor perkayuan, jelas, amat mustahak dalam pembangunan keseluruhan ekonomi Sarawak. Justeru, kerajaan negeri Sarawak menerusi ilham Ketua Menterinya, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memberi komitmen untuk meningkatkan pengeluaran kayu.

Kerajaan mensasarkan pengeluaran kayu 15 juta meter padu setahun menjelang 2020. Caranya ialah mewujudkan kawasan penanaman hutan.

Sumber yang lestari

Pehin Sri Taib baru-baru ini memberitahu khidmat syarikat-syarikat dari luar negara mungkin akan digunakan untuk mempercepatkan proses penanaman hutan yang kini dikatakan telah mencapai 30 peratus kawasan.

Menurutnya pengeluaran 9.2 juta meter padu balak pada masa ini tidak memadai dan menegaskan sesuatu wajar dilakukan bagi memperbaiki keadaan tersebut sebelum prestasinya tidak menentu.

Kerajaan mensasarkan kira-kira 20 peratus kawasan hutan di Sarawak atau sejuta hektar diusahakan sebagai hutan tanaman yang membabitkan kayu balak cepat membesar.

Usaha itu bukan sekadar dilakukan untuk meningkatkan pengeluaran balak dari negeri itu tetapi turut mengambilkira pengeluaran konsisten.

Pehin Sri Taib memaklumkan projek penanaman semula hutan dilaksanakan dengan baik dan yakin mampu mencapai pengeluaran 15 juta meter padu menjelang 2020.

***Juga baca laporan The Star.
 
Sunday October 30, 2011

Sarawak can produce 50 million cu m of quick-growing timber annually by 2020, says CM
KUCHING: Sarawak expects to produce 50 million cubic metres of quick-growing timber annually by 2020 through its reforestation efforts.

Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud said the government had allocated 20% of the state’s land mass to cultivate quick growing tree species to meet rising demands for quality timber and ensure that the industry remain competitive and sustainable.

“If the industry continues to be stagnant — producing about 9.2 cubic metres of timber annually — it will not lead to excellence.

“We have to find new ways to increase the yields of forests, one being reforestation with quick growing species. So far, we’re doing quite well,” he said when officiating at Sarawak Forestry Corporation’s eighth anniversary dinner here, Friday.

Taib said he placed his trust in the state’s seven biggest timber players who had proved to be reliable in striking a balance between development and conservation in implementing the reforestation programme.

“In the old days we have fly by night people in the industry but not anymore,” he said.

He urged the big players to continue investing in upgrading their employees’ knowledge and skills and acquiring new technology to ensure the industry would be carried out sustainably and meet all international standards and market needs.

Taib commended SFC for playing its role effectively in protecting the state’s biodiversity, pointing out that the corporation remained steadfast in its vision and mission despite baseless accusations by certain international NGOs and campaigns.

“Despite faced with many accusations, many international experts and scientists know how well we conserve our flora and fauna. Our success is not for them (NGOs) but it is for ourselves and our young generation and prosperity of our timber industry,” he said.

Advertisements