Tiki: Perjuangan belum berakhir.

Posted on November 29, 2011

0


DILUCUTKAN jawatan Naib Presiden dan lebih perit ialah apabila awal-awal lagi diumumkan tidak akan dicalonkan semula di kerusi Parlimen Mas Gading dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kelak. Itu dianggap biasa oleh politikus yang sudah matang seperti Datuk Dr Tiki Lafe.

Dua perkara itu seolah-olah membuatkan beliau matang dalam percaturan dunia politik. Tidak ada apa yang hendak dihairankan apabila seseorang itu terpaksa berada di bawah selepas seketika berada di atas. Itulah hakikat sebuah roda kehidupan ahli politik. Ada kalanya lawan jadi kawan, kawan pula menjadi rakan.

Pada 25 November 2011, Dr Tiki seorang anggota SPDP 5, diumumkan oleh Presiden SPDP  Tan Sri William Mawan Ikom tidak akan dicalonkan semula berikutan parti telah tidak ada komunikasi dengannya dan kedua dikatakan bukan calon boleh menang.

Malahan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah itu dilucutkan jawatan Naib Presiden.

Dua keputusan itu menyebabkan orang ramai menjangka Dr Tiki yang kini merupakan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) akan bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum kelak.

Ikuti laporan Utusan Borneo bertarikh 29 November 2011.

Dr Tiki nafi jadi calon Bebas.

KUCHING: Datuk Dr Tiki Lafe menafikan beliau akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ahli Parlimen Mas Gading ini berkata, tidak terlintas dalam fikirannya untuk berbuat demikian selepas apa yang telah berlaku kepadanya.

Meskipun telah diputuskan beliau tidak akan dicalonkan semula atas tiket Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), namun calon Bebas bukan jalan yang akan dipilihnya.

“Inilah dunia politik, ada naik dan turun. Kadang-kadang kita berkawan kemudiannya bermusuh lepas itu jadi kawan semula.

“Calon Bebas bukan jalan yang akan saya pilih jauh sekali untuk menyertai parti lain.

“Biarkan masalah ini reda dulu, lepas itu baru kita lihat apa yang perlu kita buat. Perjuangan saya belum berakhir meskipun saya tidak dicalonkan semula,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Tambah Ahli Parlimen Mas Ga-ding ini, buat masa ini beliau akan menumpukan kepada tugas beliau sebagai Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN).

“Apa yang lebih penting ketika ini ialah tumpuan kepada MLKN untuk memastikan matlamat kerajaan tercapai,” katanya.

Dalam pada itu sumber Barisan Nasional (BN) menegaskan bahawa Dr Tiki masih pemegang jawatan Ahli Parlimen BN dan akan me-neruskan khidmatnya bagi kawasan Mas Gading.

Menurut sumber itu, sesiapa yang cuba menyekat Dr Tiki untuk me-neruskan khidmat di kawasan Par-limennya, bermaksud mereka menentang BN.

“Tidak ada sesiapa boleh menyekat Dr Tiki sebagai Ahli Parlimen BN kerana ini adalah perbuatan menentang BN.

“Kata-kata ini adalah untuk semua individu yang bercita-cita menentang Tiki dan anggota SPDP 5, mereka semua adalah anti-BN,” tegas sumber tersebut.

Sebelum dilantik sebagai Penge-rusi MLKN, Dr Tiki pernah me- megang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah pada 2004 dan tidak dilantik semula selepas PRU 2008.

Kehilangan jawatan tersebut menimbulkan rasa tidak gembira di kalangan masyarakat Bidayuh kerana tiada wakil daripada kaum tersebut dalam kabinet persekutuan.

Pada PRU 1999, Dr Tiki menang dengan majoriti 10,684 undi, majoriti 10,579 pada PRU 2004 dan terus kekal pada 2008 dengan majoriti 8,551 undi.