BR1M kecoh dan ada kaut untung!

Posted on December 13, 2011

0


DI Kuching, pada 10 Disember 2011 di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri, kecoh sedikit kerana orang ramai berebut mendapatkan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Penuh dengan telatah dan ragam manusia yang ingin memohon RM500 di bahagian depan pejabat Lembaga Hasil walaupun hari pertama borang itu diedarkan ialah pada Ahad.

Foto hiasan: Orang ramai mengerumuni kaunter LHDN, mendapatkan borang BR1M.

Ada borang yang koyak sebab direbut.

Kanciltakcerdik juga maklum di Sibu ada yang menjual borang salinan. Bisnes minded punya orang, tetapi tidak bertempat! Sanggup jual borang dengan RM7 sekeping.

Sasaran bisnes ini ialah golongan warga emas yang tidak larat berdiri lama. Ya memang benar prinsip yang dipegang bisnesmen “bijak mencari peluang berdasarkan masalah dan situasi orang di sekeliling”.

Kasihan mereka yang kena tipu oleh golongan bisnesmen yang amat bijak mengintai peluang.

Apa yang lebih dikesali ialah apabila kerajaan berniat untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah dengan memberi bantuan kewangan, ada pula yang bersikap demikian.

Borang BR1M diagihkan secara percuma dan saksama kepada orang ramai serta boleh didapati di semua pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat-pejabat Daerah dan sekolah-sekolah terpilih.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah percuma, termasuk borang permohonan. Justeru, usah terperangkap dengan sindiket yang ingin mencari keuntungan cepat memperdayakan orang ramai dengan menjual borang dan menjadi ejen memproses borang.

Orang ramai juga tidak perlu tergesa-gesa dan berebut-rebut untuk mendapatkan borang permohonan BR1M kerana tempoh permohonan dilanjutkan sehingga 10 Januari.

Pemberian BR1M dilakukan secara berterusan sehingga kerajaan mendapati semua kumpulan sasaran mendapat bayaran dengan fasa pertama pembayaran akan dilakukan mulai 15 Januari 2012.

LHDN sebagai badan pelaksana induk akan memaklumkan kepada penerima yang berjaya menerusi SMS dan surat.

Borang tersebut juga boleh dimuatturun menerusi link di bawah.

www.treasury.gov.my/pdf/br1m/Borang_BR1M.pdf

Posted in: Sarawak, Sosial