Hab Halal Tanjung Manis di landasan betul.

Posted on December 18, 2011

0


Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meninjau perkembangan Hab Halal Tanjung Manis menerusi model.

Tanjung Manis yang terletak di Mukah berada di landasan terbaik untuk menjadi hab halal utama di rantau ini apabila berjaya menarik pelaburan sebanyak RM1.8 bilion meskipun baru sahaja dibangunkan.

Nilai pelaburan tersebut dijangka meningkat dari semasa ke semasa memandangkan semakin ramai pelabur antarabangsa menunjukkan minat untuk melabur di situ.

Adalah tidak mustahil bagi Tanjung Manis menjadi antara hab paling maju di dunia, lebih-lebih lagi dengan adanya jaringan perhubungan yang baik, infrastruktur dan teknologi terkini dan aspek-aspek kehijauan di sekitarnya.

“Kelebihan Tanjung Manis juga terletak pada sumber asli dan bahan mentah yang banyak di situ,” kata Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

Kerajaan negeri turut merancang untuk membangun dan memodenkan infrastruktur dan kemudahan awam di Tanjung Manis selain memperluaskan saiz zon perindustrian di situ supaya seiring dengan pertambahan jumlah pelaburan yang masuk.

Ini adalah berdasarkan jangkaan zon perindustrian sedia ada tidak akan mampu menampung kemasukan pelabur-pelabur baru pada masa akan datang.

 

Posted in: Ekonomi, Sarawak, SCORE