Banjir dan bunuh: Cerita besar di Sarawak minggu ini.

Posted on January 6, 2012

0


Kes pembunuhan empat sekeluarga di Sibu pada 3 Januari 2012.

  • Empat orang sekeluarga mati dalam satu kes pembunuhan kejam di Sibu atau lebih spesifik di Lorong RTM B1 Jalan Oya.
  • Mangsa dikenalpasti sebagai Leong Nyuk Lan, 76, David Lung Chei Qi,10, Amy Ling Zi Jiun,7, dan Ling Tong Hock, 36.
  • Dua terselamat ialah Li Xiao Lan, 28, (isteri kedua Ling Tong Hock warga China) dan Kelvin Ling, 8, masih dirawat di Hospital Umum Sarawak.
  • Mangsa-mangsa meninggal dunia setelah dicederakan menggunakan objek tumpul dan tajam.
  • Dalam beberapa ketika selepas itu, Li Xiao Lan diberkas polis sebagai suspek utama dan dibebaskan dari tahanan reman.
  • Polis memberkas seorang lelaki berumur 17 tahun, jiran mangsa, pada 12 tengah malam 5 Januari 2012. Dia merupakan suspek utama kes selepas polis menjalankan soal siasat.
  • Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Law Hong Soon percaya kes pembunuhan itu selesai dengan tertangkapnya remaja terbabit menerusi sidang media pada 6 Januari 2012 di Sibu.
  • Motif dipercayai pecah rumah.

Mayat mangsa diusung polis keluar dari rumah.

Bandar Raya Kuching dilanda banjir kilat pada 5 Januari 2012.

  • Malam 4 Januari 2012, hujan lebat berterusan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga jam di hampir kebanyakan tempat di Kuching.
  • Hampir semua jalan menuju ke pusat bandar sesak teruk akibat ia dinaiki air ketika orang ramai pergi ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah seawal jam 6 pagi.
  • Lima sekolah dilaporkan oleh akhbar tempatan ditutup kerana bilik darjah dinaiki air. 
  • Kira-kira pada jam 7.30 pagi satu insiden membabitkan dua orang dihanyutkan arus deras di Batu Lintang. Mangsa, Kho Ying Qi, 19, dan Herman Sihas, 28, masih belum dijumpai sehingga hari kedua kejadian. 
  • Kawasan seperti Tabuan Dayak, Batu Lintang, Batu Kawah dan Kampung Kudei antara yang terjejas akibat banjir kilat. Air mula beransur surut menjelang petang pada hari yang sama.
    Kenderaan yang gagal diselamatkan dalam banjir kilat di Kuching.

 

Posted in: Bencana, Jenayah