Remaja didakwa kes bunuh empat sekeluarga.

Posted on January 19, 2012

0


REMAJA lelaki yang dikaitkan dengan kes pembunuhan empat sekeluarga di Jalan RTM, Sibu pada 3 Januari 2012, didakwa di mahkamah Sibu pada hari ini 19 Januari 2012.

Tertuduh, 17, didakwa atas empat kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan satu tuduhan kerana cuba membunuh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Kes berkenaan dikendalikan oleh hakim Mahkamah Sesysen Indra Ayub, manakala pendakwaan dilakukan ASP Tida Bilong yang merupakan pegawai penyiasat kes terbabit.

Sebut semula kes dijadualkan pada 29 Februari 2012.

Manakala ibu tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin. Dia diarahkan melapor diri di Balai Polis Sentral Sibu sekali sebulan.

Pada awal tahun ini, orang ramai dikejutkan dengan insiden pembunuhan kejam yang dilakukan di kediaman keluarga terbabit.

Ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, anak lelakinya Lung Chei Qi, 10, anak perempuan Amy Ling Zi Jiun, tujuh, dan ibunya Leong Nyuk Lan, 76, ditemui mati kira-kira 7 pagi.

Seorang lagi anak lelaki Tong Hock, Kelvin Ling Chei You, 8, kini sudah dibawa balik ke Sibu selepas dirawat di Hospital Umum Sarawak kerana mengalami kecederaan parah di kepala.

Posted in: Jenayah