Adik Ketua Menteri Sarawak, Ibrahim Mahmud meninggal dunia.

Posted on February 2, 2012

0


KUCHING:  Datuk Ibrahim Mahmud, 69, adik kepada Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, meninggal dunia di Hospital Pakar Kuching 7 pagi tadi (2 Februari 2012).

Menurut seorang anggota keluarganya, Ibrahim meninggal dunia akibat serangan angin ahmar.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak.

Ibrahim, yang pernah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, merupakan Pengarah Kristal Harta Sdn. Bhd. dan juga Pengarah Eksekutif Sarawak Pulp Industries Sdn. Bhd.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Demak Jaya di Jalan Bako di sini hari ini.

Posted in: Sosial