Air dan setia BN penduduk Pulau Bruit (DUN Semop).

Posted on February 12, 2012

0


RAMAI yang salah anggap apabila bercakap atau berbincang tentang Pulau Bruit. Penduduknya sering dikaitkan dengan kemiskinan – mereka tidak cukup makan.

Sebenarnya, mereka miskin bukan dari segi wang ringgit tetapi dahagakan kemudahan asas seperti bekalan air bersih – mereka cuma tidak seimbang zat makanan, bukan tidak cukup makan! Hahahaha.

Bekalan air paip merupakan isu tidak lekang meniti di bibir warga Pulau Bruit yang terletak di Daerah Daro, Bahagian Mukah. Musim kemarau, topik ini pasti berada di kedudukan teratas carta antara isu yang diperkatakan penduduk di situ.

Imej satelit yang menunjukkan Pulau Bruit, Daro.

Bukannya kerajaan langsung tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah, tetapi ia memakan kos kewangan yang tinggi dan paling perlu diketahui, pembinaan infrastruktur memerlukan masa dan berperingkat-peringkat.

Penduduk Pulau Bruit memanglah bising apabila tuntutan mereka lambat dilangsaikan, bagaimanapun mereka sering membantu Barisan Nasional menang dalam pilihan raya, atau dalam kata lain, penyokong setia Barisan.

Pemikiran mereka terhadap kerajaan tetap positif – bukan sebab tidak berpendidikan atau tidak tahu hak, tetapi mereka yakin satu hari kelak bekalan air paip bersih akan ada jua.

Tidak kurang yang cuba menangguk di air yang keruh. Mereka menyimbah minyak ke dalam api. Matlamat, mengalihkan sokongan penduduk di situ terhadap parti bukan Barisan. Setakat ini majoriti penduduk di situ masih berada di belakang Barisan.

Bergantung dengan air hujan yang ditadah dalam tangki sebagai air minuman.

Buktinya, pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10, sekali lagi kerusi Dewan Undangan Negeri Semop yang merangkumi Pulau Bruit, dimenangi Barisan Nasional menerusi Abdullah Saidol.

Nampak gaya, YB Abdullah seorang yang gemar turun padang. Tiap minggu dia melawat kawasan untuk mengetahui masalah rakyat. Syabas, kerana pengundi di Semop memilih wakil rakyat yang dedikasi dan komited.

Sebelum ini, penduduk DUN Semop diwakili Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar yang tidak kurang gigih turun padang jika masyarakat di situ berhadapan masalah. Sokongan mereka terhadap Asfia diteruskan dengan mengundi Abdullah.

Dan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak, pengundi di kawasan DUN Semop wajar meneruskan kesetiaan mereka memandangkan ia ialah satu kerusi DUN dalam Parlimen Tanjung Manis.

Ahli Parlimen Tanjung Manis ialah Datuk Norah Tun Abdul Rahman. Beliau juga merupakan wakil rakyat yang kerap turun padang, jika tidak pun, beliau akan menghantar wakilnya apabila penduduk di situ memerlukan bantuan atau menyelesaikan masalah.

Ikan salai antara produk Industri desa penduduk Pulau Bruit.

Pulau Bruit merupakan kawasan penempatan kaum Melanau-Muslim yang terletak dalam Daerah Daro, Bahagian Mukah. Kawasan tersebut cuma boleh dihubungi menggunakan jalan laut.

Tanahnya sesuai dan subur dijadikan sebagai kawasan penanaman padi.

Pekerjaan mereka yang tinggal di kampung ialah nelayan dan petani.