Kongres Ekonomi Bumiputera Sarawak dan Jelajah Jaya Keusahawanan, Mac 2012.

Posted on February 26, 2012

0


STRATEGI untuk memperkasakan Bumiputera dalam bidang ekonomi dan perniagaan wajar kerap disemak serta dikemaskini menerusi seminar dan persidangan perniagaan.

Selain berkongsi pengalaman dalam peluang-peluang ekonomi, acara seumpama itu juga memberi input kepada rakyat mengenai hala tuju transformasi ekonomi Bumiputera.

Justeru, Kongres Ekonomi Bumiputera Sarawak (KEBS VI) dan Jelajah Jaya Keusahawanan (Jejak 2012) akan diadakan pada 6 dan 7 Mac 2012.

Malah, ia dikatakan sebagai landasan terbaik bagi menempuh cabaran dalam era Model Baru Ekonomi (MBE). Ia akan mencari strategi dalam usaha mempertingkat ekonomi dan pembangunan masa depan golongan usahawan negeri ini.

Kongres terbabit adalah medan golongan usahawan bertukar-tukar maklumat dan pendapat mengenai isu-isu dalam pelbagai bidang keusahawanan. Ia akan mencipta strategi dan panduan bagi masyarakat perdagangan dan perindustrian negeri ini menghadapi cabaran prospek ekonomi baru.

Kongres itu dianjurkan bersama oleh gabungan 10 persatuan usahawan dan perniagaan Bumiputera Sarawak dengan diterajui oleh Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) Jabatan Perdana Menteri dan Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera (UPUB) Jabatan Ketua Menteri.

Posted in: Ekonomi, Pembangunan