Isu Asian Beacon: Henry Ng mohon maaf atas kesilapan.

Posted on March 3, 2012

0


TELAJAK perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya. Kata-kata ini amat sesuai bagi menggambarkan kedudukan Henry Ng, penulis artikel ‘Of Skulls and Sago Worms’ yang disiarkan dalam majalah Asian Beacon baru-baru ini.

Dia telah mengguris hati orang Iban apabila mengaitkan kaum berkenaan amat rendah moralnya – lelaki kaki botol manakala wanitanya mudah diajak tidur.

Kesilapan itu sudah pasti menjadi memori paling pahit bagi dia.

Lantaran itu, dia hari ini memohon maaf menerusi satu kenyataan yang dipetik menerusi Bernama hari ini.

“Saya silap dalam menulis artikel itu…dan kesal kerana menyinggung perasaan masyarakat Iban,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Henry memohon maaf kepada masyarakat berkenaan dan mana-mana pihak lain yang tersinggung dengan artikel itu.

*** juga baca artikel berkaitan yang terdahulu di :-

https://kanciltakcerdik.wordpress.com/2012/02/28/facebook-asian-beacon-diserang-pengurusannya-mohon-maaf-guris-hati-orang-iban/

Posted in: Masalah Umum