HFMD di Sarawak: Jabatan Kesihatan telus beri maklumat.

Posted on March 7, 2012

0


JABATAN Kesihatan Negeri Sarawak wajar diberi pujian apabila begitu telus dalam menyiarkan maklumat mengenai kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Ketelusan itu dapat disaksikan menerusi akhbar-akhbar harian yang setiap hari memaparkan statistik terbaru dan terkumpul penyakit tersebut di Sarawak.

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Setakat pukul 10 pagi 7 Mac 2012, sebanyak 2,279 kes dicatatkan dengan Kuching 794 kes, Bintulu (299), Samarahan (266), Miri (176), Betong (148), Limbang (147), Sarikei (124), Sri Aman (94), Kapit (87), Sibu (80) dan Mukah (64).

Jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital setakat hari ini (7 Mac 2012) ialah 147 dengan bahagian Kuching (50), Miri (20), Sarikei (18), Bintulu (14), Samarahan (13), Betong (11), Sibu (9), Mukah (6), Limbang (4) dan Kapit (2).

Sekolah atau tadika atau pusat asuhan kanak-kanak yang ditutup setakat ini ialah 40 buah – Kuching (22), Betong (6), Sarikei (7), Samarahan (4) dan Bintulu (1).

Tidak ada kes serius dan kematian dilaporkan setakat ini.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan dengan menghubungi Bilik Operasi HFMD, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak di nombor 082-246350.

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak