HFMD di Sarawak terus dipantau.

Posted on March 9, 2012

0


HFMD

MESKIPUN wujud penurunan dalam bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sarawak mulai awal minggu ini, pihak berkuasa terus memantau dan menasihat orang ramai agar mengutamakan amalan kesihatan.

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Zulkifli menasihatkan orang ramai agar kerap mencuci tangan sebagai langkah mencegah penularan HFMD.

“Bilangan kes menunjukkan penurunan berbanding 8 Mac 2012 iaitu 133 kes kepada 120 kes hari ini (9 Mac 2012). Penurunan dikesan di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Bintulu dan Limbang.

“Bagaimanapun terdapat peningkatan bilangan kes di Kuching, Samarahan, Mukah, Kapit dan Miri,” jelasnya dipetik menerusi akhbar dalam talian hari ini.

Kes baru, Kuching mencatatkan 51, Samarahan (20), Kapit (11), Miri (11), Bintulu (8), Mukah (5), Limbang (5), Sri Aman (3), Betong (3), Sibu (2) dan Sarikei (1).

Keseluruhan kes dicatatkan di seluruh Sarawak sehingga pukul 10 pagi 9 Mac 2012 ialah 2,532.

Bahagian Kuching 893 kes, Bintulu (318), Samarahan (302), Miri (197), Limbang (161), Betong (158), Sarikei (132), Sri Aman (102), Kapit (102), Sibu (96) dan Mukah (71).

Bilangan pesakit HFMD yang dimasukkan ke hospital setakat ini ialah 169 orang.

Sekolah/ prasekolah/ tadika/ pusat asuhan kanak-kanak ditutup sehingga hari ini ialah sebanyak 54 buah di seluruh negeri Sarawak.