Keldai dadah: Gadis Sarawak, awas perangkap.

Posted on March 10, 2012

0


Wan Lydiawati

Bagi bekas keldai dadah Wan Lydiawati Abdul Majid, percutian ke luar negara yang ditaja sindiket penyeludupan dadah antarabangsa pada 2007, telah menjadi mimpi ngeri yang terus menghantui dirinya. Sikapnya yang mudah terpedaya nyata terpaksa dibayar dengan harga amat tinggi.

Percutian itu mengakibatkan wanita berusia 26 tahun itu terpaksa menjadi penghuni tirai besi selama empat tahun dan melakukan kerja berat di penjara di Trinidad and Tobaga.

Jenayahnya? Dia ditahan pihak berkuasa bersama-sama 2.2kg kokain dalam bagasinya.

Sebagai penjenayah yang tinggal dalam sel kecil yang dikongsi dengan dua lag pesalah, makanan Wan Lydiawati hanyalah roti keras yang selalunya dicemari rambut atau cacing. Bekalan airnya ialah daripada paip dalam tandas penjara.

Sebelum dipenjarakan, dia percayakan seorang rakan wanita yang lebih berusia daripadanya yang hanya dikenali sebagai ‘Kak Siti’ – di mana mereka telah bercuti di Caracas, Venezuela. Kemudiannya, dia bersetuju meneruskan percutian ke Kepulauan Carribean, di mana dia telah ditahan bersama dadah itu.

“Mungkin, Tuhan letakkan saya di sana (penjara) atas sebab tersendiri. Saya langsung tidak menjangka akan menjadi seorang penjenayah di penjara negara asing di mana kehidupan amat perit,” kata pelajar tahun akhir sebuah kolej dari Kuala Lumpur itu.
  
Wan Lydiawati yang ditemani ibunya, Sharifah Marina Zahari Razali, berkongsi pengalamannya sebagai mangsa sindiket penyeludupan dadah pada program “Outreach and Public Diplomacy” Kementerian Luar di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

Dia dibebaskan dari penjara tiga hari sebelum Hari Raya tahun lalu selepas dia disabitkan kesalahan dadah.

Sambil mengimbas kembali kehidupan dalam penjara, katanya setiap hari merupakan satu perjaungan untuk meneruskan hidup dan sebagai orang Islam dia mendapat semangat dengan berpegang teguh kepada agamanya serta harapan untuk bertemu semula dengan ibunya yang merupakan ibu tunggal dan lima adiknya.

Mangsa yang mudah terpedaya menjadi sasaran kumpulan sindiket, yang merupakan majoriti daripada 889 rakyat Malaysia berumur antara 20-30, yang ditahan di luar negara bagi kesalahan berkaitan dadah pada tahun lepas.

Mereka terdiri daripada 714 lelaki dan 175 wanita, merupakan antara sejumlah 1,941 rakyat Malaysia ditahan di luar negara bagi pelbagai kesalahan, yang tidak mempunyai rekod jenayah tetapi termakan pujukan anggota sindiket kerana mangsa terdiri daripada mereka yang bekerja dalam sektor yang
menawarkan gaji kecil atau penganggur.

Tahun 2011, 22 yang ditahan berkaitan dadah adalah dari Sarawak, termasuk lima wanita muda, terpedaya dengan janji percutian di China, Australia dan negara lain, sebagai balasan bagi membawa bungkusan, kebanyakannya dari Nigeria.

Wahai gadis, bukalah hati dan jangan ikut naluri.

Posted in: Masalah Umum