Penan: Hanya tiga peratus masih nomad.

Posted on March 10, 2012

0


PENAN adalah kaum yang minoriti di Sarawak dan sering dikaitkan dengan pelbagai elemen negatif untuk menjatuhkan kerajaan. Ada pihak yang menuduh Penan dinafikan hak asasi sebagai manusia dek mengejar pembangunan. Benarkah?  

Ada juga yang mengatakan Penan telah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang lebih gemar melihat etnik itu kekal hidup tanpa menikmati pembangunan sampai bila-bila.

Hakikatnya, tidak ada satu kaum pun yang diabaikan dalam pelaksanaan rancangan pembangunan. Jika ada pun, itu tohmahan pihak yang ada agenda politik.

Wajah seorang Penan

Penan – kebijaksanaan mereka terbukti dengan adanya individu Penan yang berkelulusan universiti.

Walaupun mereka dari kawasan pedalaman namun mereka bukanlah bangsa yang tidak mendapat bantuan pelajaran. Kerajaan dan badan-badan kebajikan tidak lepas pandang terhadap masalah yang dihadapi oleh kaum penan. 

Hari ini, majoriti kaum Penan sudah menerima pembangunan, meninggalkan hanya tiga peratus atau kira-kira 500 daripada 15,000 orang lagi dari kaum berkenaan masih mengamalkan cara hidup nomad.

Dua kumpulan iaitu Penan Tutoh-Apoh dan Penan dari daerah Limbang menetap berhampiran kawasan Taman Negara Mulu masih mengekalkan corak hidup lama diwarisi daripada nenek moyang, namun cara berpakaian sudah moden dan tidak lagi tinggal di atas pokok sebaliknya mendirikan pondok tetapi masih bergantung dengan sumber hutan.

Sebelas kumpulan Penan di Sarawak sudah mendiami penempatan tetap serta meninggalkan corak hidup lama dengan sembilan daripada kumpulan itu adalah Penan dari daerah Baram, selebihnya di Limbang.

Kumpulan pertama meninggalkan corak kehidupan nomad ialah Penan Suai dan Hilir Tinjar iaitu sekitar 1915, diikuti Penan dari Baram mulai 1950-an dan Penan Belaga pada 1960-an.

Hutan membekal sumber untuk kelangsungan hidup

Sebahagian besar etnik ini iaitu seramai 9,786 orang menetap di Miri, tinggal berselerak di 78 perkampungan di Baram.

Kebajikan mereka diselaraskan Jawatankuasa Khas Hal Ehwal Penan yang ditubuhkan pada 1987 di bawah peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan.

Jawatankuasa itu adalah untuk menjaga kepentingan kaum berkenaan serta memberikan perkhidmatan asas dari segi pendidikan, pertanian dan kesihatan.

Posted in: Pembangunan, Sosial