Perkembangan HFMD di Sarawak.

Posted on March 10, 2012

0


Mungkin penurunan kes HFMD di Sarawak dalam minggu ini disumbang oleh pendedahan berterusan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menerusi media.

Pendedahan bilangan kes di media massa setiap hari bukan bertujuan untuk mencemaskan orang ramai, tetapi lebih kepada memberi kesedaran di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil.

Dengan kesedaran yang ada, orang ramai diharap mengutamakan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan.

Semalam (9 Mac 2012) jumlah kes HFMD di seluruh Sarawak ialah 120 dan pada hari sebelumnya 133 kes. Jumlah itu terus menurun hari ini (10 Mac 2012) kepada 103 kes.

Sarawak setakat hari ini mencatatkan keseluruhan 2,635 kes. Bahagian Kuching merupakan antara kawasan yang tertinggi iaitu 941 kes disusuli Bintulu (326), Samarahan (320) dan Miri (202).

Kes baru yang dimasukkan ke hospital juga menunjukkan penurunan – hari ini tujuh orang – Kuching (3), Sarikei (1), Sibu (1), Betong (1) dan Miri (1). Ini menjadikan pesakit dimasukkan ke hospital ialah 176 orang.

Dr Zulkifli, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, dipetik menerusi akhbar online memberitahu tidak ada kes serius atau kematian akibat HFMD setakat ini.

“Jabatan Kesihatan Sarawak menasihatkan orang ramai agar meneruskan amalan sihat seperti kerap mencuci tangan,” ujarnya.

Bilik Operasi HFMD boleh dihubungi di 082-246350.

Tagged:
Posted in: Kesihatan