Penurunan HFMD di Sarawak

Posted on March 15, 2012

0


Sejumlah 59 kes baru tangan, kaki dan mulut(HFMD) yang dilapor hari ini menyaksikan penurunan berterusan bagi tempoh 24 jam lalu di Sarawak.

Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Zulkifli Jantan, dalam satu kenyataan, berkata Mukah mencatat penurunan terbesar dengan hanya dua kes dilaporkan berbanding 10 semalam. 

Beliau berkata, kawasan lain yang mencatat penurunan kes baru ialah Samarahan (tujuh), Miri (lima), Sri Aman, Sarikei and Miri (masing-masing tiga kes) serta Betong (satu).

Bagaimanapun, katanya, terdapat peningkatan kes baru di Kuching (24 kes hari ini berbanding 19 semalam) dan Bintulu (tiga kepada lima kes).

Sementara itu, Dr Zulkifli berkata, tidak ada kes baru dilaporkan di Kapit sejak dua hari lalu.

Beliau berkata, sehingga kini sejumlah 2,912 kes HFMD dilaporkan di negeri ini dengan 202 kes memerlukan rawatan di hospital.

Bagaimanapun, katanya, kes itu tidak serius.