Rangking dunia universiti di Malaysia – Unimas di nombor 1842.

Posted on March 15, 2012

0


UNIVERSITI Malaysia Sarawak (Unimas) sekadar menduduki rangking 1842 dalam senarai kedudukan universiti di dunia yang dikeluarkan baru-baru ini.

Manakala Curtin University of Technology Sarawak Campus berada di kedudukan 5931.

Kedudukan terbaik ialah Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berada di nombor 428.

Kita berharap dengan kedudukan itu, pihak universiti mengadakan usaha tertentu untuk memperbaiki kedudukan pada masa depan.

Rangking yang baik amat penting jika ingin mempromosikan Malaysia sebagai sebuah destinasi akademik terunggul dan lantas menjadikan universiti di negara kita sebagai pilihan pelajar antarabangsa.

Universiti sendiri merupakan institusi pengajian tinggi dan pengakajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat.

Jadi, sedikit sebanyak, anda dapat mengetahui mengenai kedudukan universiti yang anda bakal menjadi tempat pembelajaran anda selama tiga atau lima tahun seterusnya selepas ini.

Perkataan “University” diambil sebenarnya daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium. Apa maksudnya? “masyarakat pakar dan pengkaji”

Senarai ranking universiti di Malaysia ini dinilai pada beberapa aspek yang dilihat agak relevan yang mampu mencerminkan kualiti global dan penyelidikan di seluruh dunia bagi tahap yang lebih baik. Antaranya ialah Size, Visibility, Research papers & Scholars.

Berikut ialah senarainya: –

1) 428 Universiti Putra Malaysia (UPM)
2) 437 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
3) 464 Universiti Sains Malaysia (USM)
4) 523 Universiti Kebangsaan Malaysia / National University of Malaysia (UKM)
5) 596 Universiti Malaya – Universiti Malaya (UM)
6) 626 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
7) 891 Multimedia Universiti (MMU)
8) 1222 Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9) 1341 Universiti Malaysia Perlis (Unimap)
10) 1411 Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
11) 1598 Universiti Teknologi Petronas (UTP)
12) 1687 Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
13) 1734 Universiti Utara Malaysia (UUM)
14) 1777 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
15) 1838 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
16) 1842 Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
17) 2127 Universiti Malaysia Pahang (UMP)
18) 2185 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
19) 2439 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
20) 2726 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
21) 2922 Open University Malaysia (OUM)
22) 3980 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem)
23) 4083 International Medical University
24) 4232 Taylor’s University College
25) 4481 Tunku Abdul Rahman College
26) 4566 Universiti Pertahanan Malaysia (UPN)
27) 4644 University of Nottingham Malaysia
28) 4852 UCSI University
29) 4977 Monash University Malaysia
30) 5012 Malaysia Theological Seminary
31)5074 Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
32)5931 Curtin University of Technology Sarawak Campus
33) 5931 Universiti Industri Selangor
34) 6045 Selangor International Islamic University College
35) 6075 Al Madinah International University
36) 6163 Wawasan Open University
37) 6343 Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
38) 6482 KDU College
39) 6607 Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
40) 6642 Asia Pacific Institute of Information Technology
41) 6978 Help University College
42) 7018 Sunway University College
43) 7031 INSANIAH University College
44) 7320 Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia)
45) 7361 Segi College
46) 8058 Malaysian Institute of Management

Posted in: pendidikan, Sarawak