HFMD: Maksimumkan penjagaan kebersihan.

Posted on March 17, 2012

0


ORANG ramai masih diminta menjaga tahap kebersihan semaksimum yang mampu meskipun kes penyakit tangan, kaki dan mulut menunjukkan sedikit penurunan dalam tengah minggu ini.

Akhbar hari ini turut melaporkan murid-murid sekolah akan diperiksa kesihatan di pintu masuk kawasan sekolah – sebagai langkah mengekang penularan penyakit tersebut yang setakat ini masih terkawal di Sarawak.

Syukur, sebab tidak ada masalah serius dan kematian akibat penyakit yang lazim menyerang kanak-kanak.

Justeru, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menasihatkan orang ramai agar menjaga tahap kebersihan masing-masing dan anak-anak kecil.

Setakat 16 Mac 2012, keseluruhan kes seluruh negeri ialah 3,095. 

Kes baru pada tarikh berkenaan ialah 66 kes berbanding 59 kes pada 15 Mac 2012.

Bahagian Kuching mencatatkan jumlah tertinggi dengan 19 kes diikuti Samarahan (14), Limbang (8), Bintulu (7), Sri Aman (4), Miri (4), Mukah (4), Sibu (3), Sarikei (2) dan Betong (1).

Akhbar dalam talian melaporkan daripada jumlah keseluruhan, Bahagian Kuching mencatatkan 1,093 kes, Samarahan (375), Bintulu (365), Miri (235), Limbang (206), Betong (171), Sarikei (161), Sri Aman (135), Sibu (132), Kapit (121) dan Mukah (101). 

Cara mencegah HFMD :-

  • basahkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna
  • gosok kedua-dua tapak tangan
  • gosok setiap jari dan celah jari
  • basuh tangan dengan air bersih secukupnya, dan
  • keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu.
Tagged:
Posted in: Kesihatan, Sarawak