Boleh nyanyi apabila politik stabil – segalanya mungkin.

Posted on March 18, 2012

0


TAHAP kemajuan sesebuah negara dikatakan juga boleh dinilai menerusi perkembangan seni muzik. Jika tinggi standard muzik rakyatnya, maka tahap kemajuan dan status sosial rakyat juga tinggi.

Mungkin begini maksud mereka yang mengatakan demikian – apabila sesebuah negara sudah maju, maka rakyatnya sudah mampu menikmati hiburan dan meluangkan masa bergiat dalam bidang tersebut.

Tetapi mana mungkin sesebuah negara itu mencapai kemajuan dengan sendirinya tanpa wujud juru perancang dan pengemudi.

Juga masakan kemajuan bisa datang bergolek tanpa ada usaha gigih para pemimpin dan rakyat menggemblengkan tenaga. Bak kata pepatah “yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang” – sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha.

Bukan seorang pemimpin sahaja yang wajar diberi penghargaan. Semua pemimpin zaman lampau dan kini berperanan besar dalam membentuk negara yang membangun seperti Malaysia.

Dan kita di Sarawak berada di atas landasan yang betul untuk menuju kemajuan apabila kini kita menyaksikan pelbagai projek pembangunan dan kemudahan infrastruktur dilaksanakan di seluruh negeri.

Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) pastinya menjanjikan satu lonjakan ekonomi negeri ini.

Kestabilan politik Sarawak juga merupakan kekunci terhadap kemasukan pelaburan asing.

Kestabilan politik juga boleh dikaitkan dengan kebijaksanaan pemimpin dulu-dulu yang mengenepikan perbezaan kaum untuk mentadbira negara dan negeri menerusi Barisan Nasional.

Di dalam pakatan itu, semua kaum dirangkumkan dalam satu entiti politik agar semua diberi peranan tertentu dalam pentadbiran negeri.

Dari situ wujudlah kestabilan politik apabila majoriti ahli politik dan penyokongnya memerah otak untuk menjana idea dalam usaha mencapai kemajuan menerusi pelaksanaan projek-projek pembangunan.

Disebabkan politik stabil dan dalam negara aman atau khususnya dalam negeri Sarawak, orang ramai boleh menyertai pertandingan nyanyian seperti Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 2011 pada 12 Mei 2012.

Ia merupakan pertandingan lagu-lagu Iban yang disifatkan sebagai berprestij dalam industri muzik Iban.

Tahun 2012 merupakan kali kelima ia diadakan yang menyenaraikan 12 finalis dalam usaha mengiktiraf pembabitan mereka dalam industri seni suara.

AJARR 2011 ialah anjuran CATS FM dan ditaja bersama Perodua Sendirian Berhad dan Celcom.

 

Posted in: Hiburan, Politik, Sarawak