HFMD: Bilangan kes baru terus menurun.

Posted on March 19, 2012

0


PERKEMBANGAN terbaru kes HFMD ada perkhabaran menggembirakan apabila jumlah kes baru penyakit HFMD menunjukkan sedikit penurunan pada Ahad berbanding Sabtu – dari 49 ke 44 kes.

Ia menjadikan jumlah setakat ini ialah 3,188 kes dengan Bahagian Kuching mencatatkan 1,130 kes, Samarahan (385), Bintulu (381), Miri (239), Limbang (209), Betong (175), Sarikei (169), Sibu (138), Sri Aman (137), Kapit (121) dan Mukah (104).

Akhbar dalam talian melaporkan dengan memetik Jabatan Kesihatan negeri Sarawak memberitahu, bilangan pesakit dimasukkan ke hospital pada Ahad ialah 13 orang.

Jumlah keseluruhan pesakit dimasukkan ke hospital setakat ini ialah 233 dengan Bahagian Kuching (81), Sibu (32), Miri (32), Sarikei (22), Bintulu (19), Samarahan (17), Betong (13), Mukah (7), Limbang (6), Kapit (3) dan Sri Aman (1).

Orang ramai dinasihatkan agar terus mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi, terutama kerap mencuci tangan.

Tagged: