HFMD: Kes baru menurun 74 berbanding 109.

Posted on March 21, 2012

0


Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sarawak menurun pada Selasa apabila hanya 74 kes dilaporkan berbanding 109 Isnin.

Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Zulkifli Jantan berkata bahawa di Kuching, jumlah kes menurun daripada 55 kepada 27, Samarahan (13 kepada lapan), Sri Aman (tiga kepada dua), Sarikei (lapan kepada enam), Mukah (satu kepada kosong), Bintulu (11 kepada 10) dan Limbang (sembilan kepada dua).

“Bahagian Kapit tidak mencatat kes baru selama empat hari berturut-turut,” katanya pada Rabu.

Berikutan perkembangan itu, jumlah kes HFMD di Sarawak sekarang ialah ,371, dengan 1,212 daripadanya dilaporkan di Kuching.

Jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat penyakit itu bagaimanapun meningkat kepada 245 apabila lima lagi dimasukkan ke wad dalam tempoh 24 jam lepas.

Tiada kes serius dan kematian dilaporkan.

Tagged:
Posted in: Kesihatan, Sarawak