15 orang layak ke final Ratu Pesta Menuai Sedunia 2012.

Posted on March 21, 2012

0


SERAMAI 15 finalis akan berentap merebut gelaran Ratu Pesta Menuai Sedunia 2012 (Miss World Harvest Festival) pada 26 Mei 2012.

Mereka ialah Rebekah, Farahana, Stephanie, Diana, Alfira, Angelica, Annie, Gracia, Helina, Dayang Haizum, Jessika, Shermine, Karissa, Magrina dan Rachel.

image

Anjuran Kampung Budaya Sarawak (KBS), seramai lebih 70 orang calon telah ditapis melalui proses saringan pada 24 Mac 2012 di Hotel Riverside Majestic, Kuching, Sarawak.

Peringkat akhir akan diadakan di Kampung Budaya Sarawak pada 26 dan 27 Mei 2012.

Ratu Pesta Menuai Sedunia sebelum ini disandang oleh Sujirina pada tahun 2011, Ummu (2010), Jenet (2009), Pearlycia (2008), Hazel (2007), Raden (2006), dan Easther (2005).

Pertandingan ini harus dilihat dari perspektif positif dalam pembentukan negeri yang maju.

Mungkin tidak semua kita mampu menyumbang terhadap pembangunan negeri dalam bentuk langsung, dan ini ialah antara cara tidak langsung.

Ia mungkin kecil sumbangannya terhadap penjanaan wang – tidak seperti Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) yang mampu menarik kemasukan penonton dari negara lain. Ia antara aktiviti utama dalam sektor pelancongan negeri Sarawak.

Semoga usaha seperti ini akan menghindarkan anak gadis kita dari perkara negatif.

Posted in: Sarawak, Sosial