HFMD: Meningkat dua kes pada Khamis.

Posted on March 23, 2012

0


BILANGAN kes HFMD di seluruh Sarawak setakat Khamis ialah 3491 dengan menyaksikan peningkatan sebanyak dua kes kepada 61 berbanding 59 pada hari sebelumnya.

Sebanyak 17 kes baru itu dilaporkan di Bahagian Kuching, Miri (9), Sarikei (8), Limbang 7), Bintulu (6), Samarahan (5),  Kapit (4), Sibu (3), Sri Aman (1) dan Mukah (1).

Kes keseluruhan dilaporkan di Bahagian Kuching ialah 1249, Samarahan (418), Bintulu (417), Miri (263), Limbang (236), Sarikei (193), Betong (185), Sibu (150), Sri Aman (145), Kapit (126) dan Mukah (109).

Daripada 256 pesakit yang dimasukkan ke hospital, seramai tiga orang dimasukkan pada Khamis. Dua orang di Hospital Umum Sarawak dan seorang lagi di Hospital Sarikei.

Jumlah yang dimasukkan ke hospital ialah 88 orang di Bahagian Kuching, Sarikei (37), Betong (32), Samarahan (24), Limbang (23), Bintulu (19), Miri (14), Sri Aman (8), Kapit (7), Sibu (3) dan Mukah (1).

Tidak ada kes serius dilaporkan pada Khamis. Jumlah pesakit serius ialah dua sahaja dan bukan tiga seperti dilaporkan pada Khamis berikutan kes dimasukkan ke Rejang Medical Centre di Sibu tidak diklasifikasikan sebagai serius. Kedua-dua pesakit itu dimasukkan ke Hospital Bintulu.

Sebuah sekolah atau tadika atau pusat asuhan kanak-kanak diarahkan ditutup iaitu di Bahagian Sarikei pada Khamis.

Ini menjadikan 61 premis ditutup setakat ini.

– Jabatan Kesihatan Sarawak –

Tagged: