HFMD Sarawak: 3561 kes keseluruhan.

Posted on March 24, 2012

0


SEBANYAK 3561 kes HFMD dilaporkan di seluruh negeri Sarawak setakat Jumaat.

Akhbar dalam talian dipetik memberitahu, daripada jumlah itu 70 kes baru dilaporkan pada Jumaat.

Manakala pesakit dimasukkan ke hospital sepanjang tempoh yang sama ialah 261 kes. Daripada jumlah itu, lima orang dimasukkan ke hospital ialah kes terbaru pada Jumaat.

Tidak ada kes serius baru direkodkan, dan ini mengekalkan dua kes serius direkodkan di seluruh negeri.

Sementara itu, disebabkan tidak ada premis diarah ditutup pada Jumaat, ini menjadikan masih 61 buah institusi sekolah/ pusat asuhan kanak-kanak/ tadika ditutup setakat ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menasihatkan orang ramai agar terus mengekalkan tahap kebersihan diri.

Tetapi syukur kerana wabak HFMD masih berada di tahap terkawal.

Tidak ada kematian dicatatkan akibat HFMD.

Tagged: