Penurunan ketara kes baru HFMD pada Sabtu.

Posted on March 25, 2012

0


BILANGAN kes baru penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sarawak menurun hampir separuh pada Sabtu apabila 39 kes dilaporkan berbanding 70 hari sebelumnya.

Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Zulkifli Jantan berkata penurunan itu dikesan di Kuching (14), Betong (lima), Bintulu, Miri dan Limbang (masing-masing empat), Samarahan (tiga), Kapit dan Sibu (masing-masing dua) dan Mukah (satu kes).

Bilangan kes kini adalah sebanyak 3,599 dengan 1,289 kes di Kuching, Bintulu dan Samarahan (masing-masing 427), Miri (271), Limbang (244), Betong (196), Sarikei (195), Sibu (158), Sri Aman (147), Kapit (131) dan Mukah (114).

Tujuh kemasukan baru dilaporkan bagi tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang dimasukkan ke wad kepada 272 orang, katanya dalam satu kenyataan.

Tagged:
Posted in: Kesihatan, Sarawak