HFMD: Kes bertambah sedikit pada Ahad.

Posted on March 26, 2012

0


BILANGAN kes baru HFMD pada Ahad ialah 49 kes menjadikan keseluruhan kes 3,648 di seluruh negeri Sarawak.

Bahagian Kuching mencatatkan 17 kes baru, Bintulu (9), Sri Aman (5), Samarahan (4), Sibu (4), Miri (3), Sarikei (2), Kapit (2), Betong (2) dan Limbang (1) Division. Bahagian Mukah tidak ada kes baru dilaporkan.

Bagi jumlah keseluruhan, Bahagian Kuching mencatatkan 1,306 kes, Bintulu (436), Samarahan(431), Miri(274), Limbang (245), Betong (198), Sarike i(197), Sibu (162), Sri Aman (152), Kapit (133) dan Mukah (114).

Kes terkini dimasukkan ke hospital ialah 11. Di Hospital Umum Sarawak lima pesakit, Hospital Serian (2), Hospital Sri Aman (1), Hospital Sarikei (1), Hospital Kanowit (1) dan Hospital Miri (1).

Jumlah keseluruhan pesakit dimasukkan ke hospital setakat ini ialah 283 orang. Bahagian Kuching dengan 95 pesakit, Miri (44), Sibu (36), Sarikei (25), Bintulu (25), Samarahan (22), Betong (14), Limbang (8), Mukah (8), Kapit (3) dan Sri Aman (3). 

Pesakit yang masih dirawat di wad ialah 20 dengan di Hospital Umum Sarawak (7), Hospital Serian (3), Hospital Bintulu (3), Hospital Miri (2), Hospital Kanowit (2), Hospital Sri Aman (1), Hospital Sarikei (1), dan Hospital Sibu (1).

Pesakit yang dibenarkan keluar pada Ahad ialah tiga orang.

Tidak ada kes tenat pada Ahad. Tidak ada kematian akibat HFMD dilaporkan setakat ini.

Tidak ada sekolah atau tadika diarahkan ditutupa pada Ahad.

(Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak)

Tagged: