HFMD: 89 kes dilaporkan pada Isnin.

Posted on March 27, 2012

0


BILANGAN kes baru HFMD di seluruh negeri Sarawak sehingga tengah malam 26 Mac 2012 ialah 89.

Dari jumlah itu, Bahagian Kuching mencatatkan 43 kes, Samarahan (8), Limbang (6), Bintulu (5), Sri Aman (5), Miri (4), Betong (4), Sibu (4), Mukah (4), Sarikei (3) dan Kapit (3).

Jumlah kes di seluruh negeri setakat ini ialah 3,737 dengan Bahagian Kuching mencatatkan 1,349 kes, Bintulu (441), Samarahan (439), Miri (278), Limbang (251), Betong (202), Sarikei (200), Sibu (166), Sri Aman (157), Kapit (136) dan Mukah (118).

Pesakit baru yang dimasukkan ke hospital ialah sembilan orang dengan Hospital Umum Sarawak tiga orang, Hospital Pakar Kuching (3), Hospital Sibu (1), Hospital Miri (1) dan Pusat Perubatan Rejang di Sibu(1).

Sepanjang HFMD melanda Sarawak, seramai 292 pesakit telah dimasukkan ke hospital.

Daripada jumlah itu, Bahagian Kuching seramai 100 pesakit, Miri (45), Sibu (37), Sarikei (25), Bintulu (25), Samarahan (23), Betong (14), Limbang (8), Mukah (8), Kapit (4) dan Sri Aman (3).

Bilangan pesakit yang masih dalam wad ialah 19 orang – Hospital Umum Sarawak lima orang, Hospital Pakar Kuching (3), Hospital Serian (3), Hospital Bintulu (1), Hospital Miri (2), Hospital Kanowit (2), Hospital Sri Aman (1), Hospital Sarikei (1) dan Pusat Perubatan Rejang di Sibu (1).

Sebuah taska di Kuching diarahkan tutup selama dua minggu mulai Isnin.

Setakat ini sebanyak 62 institusi ditutup bagi mengekang penularan wabak tersebut.

(Sumber: Jabatan Kesihatan Sarawak)

Tagged: