HFMD: 70 kes terbaru di seluruh negeri Sarawak pada Selasa.

Posted on March 28, 2012

0


BILANGAN kes terbaru HFMD di seluruh negeri Sarawak dilaporkan sehingga tengah malam 27 Mac 2012 ialah 70 kes.

Bahagian Kuching mencatatkan 41 kes, Sarikei (6), Miri (5), Limbang (4), Bintulu (4), Kapit (3), Mukah (3), Betong (2), Sibu (1) dan Samarahan (1). Bahagian Sri Aman tidak ada kes terbaru.

Kes terkumpul setakat ini ialah 3,807.  Bahagian Kuching dengan 1,390 kes, Bintulu (445), Samarahan (440), Miri (283), Limbang(255), Sarikei (206), Betong (204), Sibu (167), Sri Aman (157), Kapit (139) dan Mukah (121).

Bilangan pesakit baru dimasukkan ke hospital ialah enam orang. Di Hospital Umum Sarawak dilaporkan dua orang, Pusat Perubatan Bintulu (2), Hospital Miri (1) dan Pusat Perubatan Rejang di Sibu(1).

Setakat ini pesakit yang dimasukkan ke hospital ialah 298 orang.

Tidak ada kes sakit tenat dilaporkan.

Dua tadika diarahkan ditutup pada 27 Mac 2012.

[Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak]

Tagged: