Pesta Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Posted on March 28, 2012

0


DI KAKI Santubong – gunung yang memiliki cerita lagenda di sebaliknya – menjadi saksi betapa tingginya prestij Pesta Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF).

Mutu muzik bercirikan tradisional dipentaskan secara langsung dari pelbagai negara telah menarik kedatangan peminat muzik yang segar dari seluruh dunia.

Setiap tahun ia mendapat sambutan memberangsangkan daripada kumpulan-kumpulan pemuzik.

Kehebatannya diberi diiktiraf dan dipilih buat ketiga kali berturut-turut berada di kedudukan 25 teratas sebagai pesta terbaik antarabangsa oleh majalah muzik antarabangsa, Songlines.

Lautan orang yang menyaksikan persembahan RWMF pada tahun-tahun sebelum ini.

Kumpulan pengarang Songlines yang dipetik menerusi Bernama pada Rabu memberitahu:

“Pemilihan adalah berdasarkan kualiti persembahan dan skop muzik yang meliputi dari bandar raya hingga ke kawasan pedalaman seperti RWMF dan kawasan gurun di Mali”.

Turut diiktiraf ialah Festival Afrika, Jerman; WOMADAdelaide, Australia; Festival Muzik Sedunia Chicago, Amerika Syarikat; Festival Muzik Sedunia Essaouira Gnawa & World Music, Maghribi dan Festival Rakyat Forde, Norway.

Alunan muzik yang bisa memukau penonton RWMF.

Sempena pengiktirafan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Datuk Rashid Khan, berkata RWMF yang tahun ini memasuki tahun ke-15 penganjurannya adalah antara penyumbang kepada kedatangan pelancong ke Sarawak.

“Sebagai penganjur kali ini yang akan diadakan dari 13-15 Julai ini, kami gembira kerana penganjur pelancongan seperti dari Eropah, Australia dan Singapura akan mengadakan pakej untuk membawa pengunjung datang ke festival ini,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai RWMF boleh dilayari di http://www.rainforestmusic-borneo.com.

Posted in: Pelancongan, Sarawak