HFMD: Daripada 70 turun kepada 59 kes.

Posted on March 29, 2012

0


KES baru penyakit HFMD dilaporkan hingga tengah malam 28 Mac 2012 ialah 59.

Pecahan mengikut bahagian ialah Kuching dengan 15 kes, Bintulu (13), Samarahan (8), Limbang (6), Sarikei (5), Mukah (4), Betong (3), Miri (3) dan Sri Aman (2).

Bahagian Kapit dan Sibu tidak ada kes baru dilaporkan.

Jumlah kes HFMD di seluruh negeri Sarawak setakat ini ialah 3,866.

Pecahan mengikut bahagian ialah Kuching dengan 1,405, Bintulu (458), Samarahan (448), Miri (286), Limbang (261), Sarikei (211), Betong (207), Sibu (167), Sri Aman (159), Kapit (139) dan Mukah (125).

Bilangan pesakit baru yang dimasukkan ke hospital ialah lima orang dengan Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching dua pesakit, Hospital Serian (1), Hospital Sarikei (1) dan Hospital Miri (1).

Setakat ini bilangan kanak-kanak dimasukkan ke hospital ialah 303 orang yang merangkumi Bahagian Kuching 104 orang, Miri (47), Sibu (38), Bintulu (27), Sarikei (26), Samarahan (24), Betong (14), Limbang (8), Mukah (8), Kapit (4) dan Sri Aman (3).

Tidak ada kes sakit tenat dilaporkan. Tiada kematian akibat HFMD.

Lima sekolah/ tadika/ taska ditutup pada 28 Mac 2012 dengan Bahagian Bintulu (1) , Kuching (1)  Sarikei(2) dan Betong(1).

[Sumber: Jabatan Kesihatan Sarawak]

Tagged: