HFMD: Belum ada tanda pulih – langkah pencegahan terus.

Posted on March 31, 2012

0


JUMLAH pesakit HFMD setakat ini di seluruh negeri Sarawak ialah 4,015 kes apabila kes baru yang dilaporkan sehingga tengah malam 30 Mac 2012 ialah 66.

Dipecahkan mengikut bahagian, kes baru, Kuching mencatatkan 21, Sarikei (15), Limbang (7), Miri (5), Bintulu (5), Betong (4), Sri Aman (3), Mukah (3), Samarahan (2) dan Kapit (1). Tidak ada kes baru dilaporkan di Sibu.

Kes baru yang dimasukkan ke hospital ialah enam pesakit, dari Hospital Bau dua orang, Hospital Umum Sarawak (1), Hospital Sarikei (1), Hospital Sibu (1) dan Hospital Lawas (1).

Bilangan pesakit tenat masih kekal dua dan semuanya dari Hospital Bintulu.

Tidak ada kematian dilaporkan akibat HFMD setakat ini.

[Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak]

Tagged:
Posted in: Kesihatan, Sarawak