HFMD: Pesakit baru meningkat lagi.

Posted on March 31, 2012

0


SEBANYAK 83 kes baru HFMD dilaporkan sehingga tengah malam 29 Mac 2012.

Pecahan kes ialah di Bahagian Kuching 28 kes, Bintulu (12), Limbang (10), Miri (7), Sarikei (7), Betong (6), Samarahan (6), Sri Aman (3), Mukah (2), Kapit (1) dan Sibu (1).

Statistik terbaru itu menjadikan 3,949 kes HFMD dilaporkan di seluruh negeri dengan Bahagian Kuching mencatatkan 1,433 kes, Bintulu (470), Samarahan (454), Miri (293), Limbang (271), Sarikei (218), Betong (213), Sibu (168), Sri Aman (162), Kapit (140) dan Mukah (127).

Kes baru yang dimasukkan ke hospital ialah 11 dengan Hospital Umum Sarawak mencatatkan empat pesakit Pusat Perubatan Rejang Sibu (2), Hospital Serian (1), Hospital Sarikei (1), Hospital Bintulu (1), Hospital Sibu (1) dan Hospital Miri (1).

Keseluruhan pesakit yang dimasukkan ke hospital ialah 314 orang dengan Bahagian Kuching mencatatkan 108 orang, Miri (48), Sibu (41), Bintulu (28), Sarikei (27), Samarahan (25), Betong (14), Limbang (8), Mukah (8), Kapit (4) dan Sri Aman (3).

Bilangan pesakit yang masih dalam wad ialah 19 orang dengan Hospital Umum Sarawak lima orang pesakit, Pusat Perubatan Rejang Sibu (4), Hospital Miri (3), Hospita Sarikei (2), Hospita Bintulu (2), Pusat Pakar Perubatan Normah Kuching (2) dan Hospital Serian (1).

Tidak ada kes serius dan kematian dilaporkan setakat 29 Mac 2012. 

Sekolah/ prasekolah/ tadika dan taska yang ditutup pada tarikh tersebut ialah dua dan kedua-duanya di Kuching.

Sebanyak 71 institusi ditutup sejak wabak HFMD menular di Sarawak.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menasihatkan orang ramai memastikan tahap kebersihan pada tahap maksimum bagi mengelakkan berlakunya wabak tersebut.

Jika ada tanda-tanda anak anda menghidap penyakit berkenaan, sila bawa ke pusat perubatan dengan kadar segera.

Tagged:
Posted in: Kesihatan, Sarawak