Pra pilihan raya dan pembangkang.

Posted on April 6, 2012

0


SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) sering menjadi sasaran tuduhan punca kekalahan parti seperti DAP, PKR dan PAS dalam mana-mana pilihan raya sebelum ini.

Mereka seolah-olah telah mengetahui mereka akan kalah meskipun canang pilihan raya belum dipalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – sebab itu mereka suka untuk proaktif dalam soal menuding jari siapa punya angkara atas kekalahan mereka.

Ada seorang penganalisis politik kedai kopi berpendapat sebenarnya apabila mereka serkap jarang dan enggan menerima kekalahan dengan minda dan hati terbuka, mereka sebenarnya telah tahu mereka akan tewas sebelum bergelut di medan perang.

Mereka kini kian galak menyalahkan SPR dan polis dalam kecundangan mereka, tetapi tidak pula mereka memuji SPR telus dan adil dalam menganjurkan pilihan raya apabila pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan negeri di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Perak (kini diperintah kerajaan Barisan Nasional).

Memetik apa yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Samad ketik berucap dalam sidang Dewan Rakyt baru-baru ini, keputusan pilihan raya cuma ditentukan oleh Allah dan pilihan pengundi.

Maksudnya, kita sebagai manusia yang beragama dan berpegang teguh dengan prinsip ketuhanan, tidak wajar bagi kita melemparkan tuduhan terhadap mana-mana pihak terutama SPR dan polis.

Shahrir dipetik “adakah apabila kita menang barulah kita mengatakan pilihan raya kita adil dan telus?”

Kata-kata beliau juga menggambarkan bahawa pembangkang tidak boleh menuduh Barisan Nasional memanupulasikan pilihan raya meskipun mereka merasakan sentimen orang ramai berpihak kepada mereka menerusi pelbagai acara anjuran mereka.

Mungkin ramai yang menghadiri perhimpunan atau apa jua upacara, sekadar penonton yang gemar mendengar hujah pembangkang, tetapi belum tentu mereka pengundi berdaftar dan yang penting tidak siapa yang tahu isi hati mereka kecuali Allah.

Justeru, daripada mereka berkempen memburuk-burukkan apa jua yang diperkatakan mereka tidak betul dan tidak adil, ada baiknya mereka berkempen tentang apa yang boleh mereka lakukan seperti yang termaktub dalam amalan demokrasi sebenar.

Jika benar SPR dan polis tidak adil dalam proses pilihan raya, mengapa pula DAP dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2011 semakin banyak kerusi dimenangi mereka dengan menewaskan SUPP?

image

Posted in: Politik