Program pencarian bakat Rainforest Waterfront Fest 2012 lebih antarabangsa.

Posted on April 6, 2012

0


MENYAKSIKAN sambutan semakin meningkat di kalangan warga asing terhadap Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) saban tahun, Rainforest Waterfront Fest mulai tahun 2012 dibuka penyertaannya kepada bakat-bakat pemuzik di arena Asia.

Sebelum ini ia menghadkan penyertaan kepada para pemuzik dari Sarawak, Sabah dan Brunei. Memang sudah bertaraf antarabangsa jika membabitkan penyertaan negara luar – tetapi jika ia dibuka kepada peserta di kalangan negara-negara Asia, ia bermakna semakin bersifat antarabangsa.

Jika mendapat penyertaan yang lebih banyak maknanya semakin banyak pelawat memasuki negeri Sarawak, sekali gus menyumbang terhadap kemasukan aliran tunai ke negara kita. Ia juga memberi pendapatan menerusi pelbagai perkhidmatan dan perniagaan yang ditawarkan oleh orang tempatan.

Rainforest Waterfront Fest, anjuran Lembaga Pelancongan Sarawak, diadakan pada 6 dan 7 Julai 2012 di Godown Amphitheater, Tebingan Sungai Kuching, mulai pukul 8 malam hingga 10.30 malam.
image
Juara pertandingan muzik yang menampilkan keunikan alunan dan alat muzik tradisional itu kelak berpeluang mementaskan persembahan di RWMF di Kampung Budaya Sarawak.

Program muzik seumpama dua aktiviti itu wajar dijadikan sebahagian daripada strategi untuk menarik lebih ramai pelancong ke Bumi Kenyalang. Ia akan membawa nama Sarawak yang indah dan unik di kalangan orang luar dan sekali gus menguar-uarkan destinasi menarik dan keunikan adat resam di negeri Sarawak.

Sektor pelancongan mempunyai potensi cerah untuk lebih maju berikutan pergerakan penduduk dunia yang kian gemar meneroka dan menyaksikan kawasan lain di pelosok dunia.

Posted in: Pelancongan, Sarawak