SCORE (projek memanfaatkan rakyat) terus diperkenalkan di negara berpotensi.

Posted on April 8, 2012

0


PROJEK yang baik wajar terus dipromosi di luar negara agar para pelabur semakin banyak yang menanam modal di Sarawak menerusi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Itu yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang  mengetuai lawatan kerja ‘Misi Pelaburan Sarawak’ ke Jepun sekarang.

image

Apabila kian banyak industri dibuka dalam SCORE, ia bermakna semakin banyak peluang pekerjaan akan tersedia kepada belia tempatan – terutama mereka yang mempunyai kemahiran dalam industri berteknologi tinggi.

Akhbar pada 5 April 2012 dipetik, Pehin Sri Abdul Taib mengadakan lawatan yang bermula Isnin lepas hingga Selasa depan yang disertai 14 orang delegasi akan melawat empat kilang iaitu Toho Titanium di Fukuoka, Tokuyama Corporation di Hiroshima, Nippon Denko di Tokushima dan Toyota Tsusho Corporation di Nagoya.

Lawatan dianjurkan kerajaan negeri dan disokong Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) di Jepun dan Kedutaan Malaysia di Jepun bertujuan menarik lebih banyak pelaburan untuk SCORE.

image

Pehin Sri Abdul Taib bersama Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bergambar dengan pelatih Tokuyama Jepun dari Sarawak


“Ia bertujuan menggalakkan lebih banyak pelaburan di SCORE khasnya di empat syarikat yang melabur atau yang bercadang untuk melabur di Taman Perindustrian Samalaju, selain untuk memahami operasi dan kemudahan mereka dengan lebih mendalam,” akhbar itu dipetik.

DAN mengapa ia dikatakan memberi manfaat kepada rakyat? (sekadar memaparkan sedikit manfaat)

  • Kadar purata pertumbuhan KDNK Sarawak akan meningkat kepada tujuh peratus berbanding lima peratus kini.
  • Sebanyak lebih sejuta peluang pekerjaan yang bernilai tinggi dijanga akan diwujudkan.
  • Rakyat Sarawak juga akan menikmati pendapatan lebih tinggi.
  • Pembangunan SCORE akan menekankan pembinaan rangkaian pengangkutan seperti jalan raya dan lapangan terbang sebagai keutamaan.