Mawan presiden baru SDNU: Harapan baru untuk Rumah Dayak.

Posted on April 9, 2012

0


ENTAH berapa tahun sudah projek Rumah Dayak yang terletak di kawasan Satok tidak siap-siap.

Hendak dikatakan terbengkalai sepenuhnya juga tidak, kerana kadang-kadang ada jentera dan manusia yang bekerja berusaha menyusun batu-bata sebagai dinding bangunan berkenaan. Mungkin perkataan yang sesuai digunakan ialah projek ‘terbantut’.

Tidak keterlaluan jika untuk mengatakan, bangunan yang dalam proses penyiapan itu sudah meniti zaman dewasa yang cacat.

Gambar fail: Rumah Dayak terbantut pembinaannya.

Apa sebab projek tersebut terbantut?

Menurut laporan berita sebuah akhbar baru-baru ini, projek itu terbengkalai lebih daripada 10 tahun.

“Dimulakan pada 1997, projek tersebut bukan sahaja gagal dilaksanakan malah bangunan yang bakal menjadi simbol perpaduan Dayak itu kini hampir rebah sebelum berjaya disiapkan,” laporan akhbar itu dipetik.
 
Pengerusi Jawatankuasa Rumah Dayak Dr John Brian Anthony, turut dipetik berkata kerja-kerja pelaksanaan projek tersebut tidak dapat diteruskan disebabkan beberapa masalah yang agak rumit.
 
“Disebabkan pelan lukisan dan struktur bangunan tidak diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan pada ketika itu, maka kerja-kerja pembinaan tidak dapat diteruskan,” katanya.

Presiden SDNU, Tan Sri William Mawan

 
Dan lantaran itu, pelantikan Menteri Kanan Sarawak, Tan Sri William Mawan Ikom sebagai presiden baru Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU), seolah-olah membawa harapan baru terhadap penyiapan bangunan Rumah Dayak.
 
Bagaimanapun dia memberitahu, permasalahan berkenaan perlu diteliti sebelum mengambil sebarang tindakan bagi memulihkan kerja-kerja pembinaan.
 
“Kita amat berharap ia dapat diteruskan dan kita juga mungkin memerlukan bantuan atau pendapat daripada orang lain termasuk dari luar untuk mencapai penyelesaian terbaik dalam projek ini,” katanya menerusi akhbar pada Ahad.
 
Berikut ialah laporan berita The Star (edisi Sarawak) berhubung isu berkenaan :-
 
Sunday April 8, 2012
Hope for Rumah Dayak

www.thestar.com.my

The new leaders of Sarawak Dayak National Union (SDNU) has vowed to find solutions to the long delay in the construction of Rumah Dayak.

Its new president Tan Sri William Mawan Ikom said the issue would be among the top agenda that needed to be sorted out.

“At the moment, I prefer not to speak about the issue until I have gotten the true picture.

“Nevertheless, we will discuss the matter and find both short and long-term solutions to the project,” he told reporters after the SDNU triennial general assembly here yesterday.

Mawan added that there were many issues that needed to be taken into consideration before the new committee could sit and discuss on possible solutions.

The construction started in 1997, but was delayed due to a “documentation gap”.

The first phase of the project would comprise a block of shophouses while the second phase would include the “main tower”.

The total cost of Rumah Dayak is believed to be around RM10mil.

Posted in: Sarawak, Sosial