Nak tubuhkan parti India? Cadangan yang elok tapi wajar dipertimbangkan semula.

Posted on April 13, 2012

0


TIDAK ada sesiapa yang boleh menghalang usaha menubuhkan parti, tetapi adakah ia akan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) atau adakah ia elok untuk masyarakat kita dari aspek perpaduan.

Terbaca dari Utusan Borneo baru-baru ini ada ura-ura pihak yang bercadang hendak menubuhkan parti khusus untuk kaum India di Sarawak – dan tidak ada halangan untuk itu, bagaimanapun apakah tidak memadai parti-parti komponen Barisan Nasional untuk disertai.

Dari ura-ura itu, pihak berkenaan lebih cenderung menyokong Barisan Nasional. Jadi apa salahnya mereka bergabung dalam parti seperti SPDP atau SUPP dan menyalurkan suara-suara mereka menerusi pucuk pimpinan parti untuk disampaikan kepada kerajaan.

Kaum India di Sarawak tidak ramai, justeru adalah lebih elok mereka bergabung dengan kaum-kaum lain dalam memperjuangkan hak-hak. Menerusi interaksi dan hubungan yang baik dengan kaum-kaum lain, maka usaha murni kerajaan menyatupadukan kaum pelbagai latarbelakang dapat direalisasikan.

Jika kita perhatikan berdasarkan rekod lampau, kerajaan Barisan Nasional merupakan parti yang mewakili semua meskipun kaum itu tidak ramai bilangannya. Pendek kata kebajikan dan hak semua kaum dijaga agar mereka tidak rasa tersisih.

Naib Presiden PBB, Datuk Daud Abdul Rahman dipetik menerusi Utusan Borneo berkata penubuhan parti itu akan kurang mendapat sambutan.

Berikut ialah keratan akhbar berhubung isu berkenaan:-