Guna saluran betul jika ada masalah di bawah bidang kuasa PBT.

Posted on April 17, 2012

0


SERING ternampak di beberapa akhbar terutama akhbar Cina yang memaparkan gambar seorang Yang Berhormat dari parti bukan Barisan Nasional menuding ke arah lopak jalan raya atau sampah yang tidak dikutip atau parit tersumbat.

Kita tahu mereka yang menuding jari ialah ahli politik daripada parti pembangkang, justeru ia merupakan peluang terbaik bagi mereka untuk menonjolkan bahawa kononnya mereka prihatin dengan masalah orang ramai.

Mungkin situasi demikian sesuai digambarkan dengan frasa “menangguk di air yang keruh” yang membawa maksud mengambil kesempatan di atas kekurangan pihak lain.

Baru-baru ini pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (sebuah pihak berkuasa tempatan di Kuching) memohon agar penduduk di kawasan pentadbirannya agar melaporkan terus kepada pihaknya tentang masalah.

Lo Khere Chiang dipetik berkata laporan terus kepada Majlis adalah lebih berkesan berbanding mendapatkan ‘khidmat’ YB yang mungkin berhajat untuk menonjolkan diri di kalangan masyarakat yang dia benar-benar bekerja.

Timbul persoalan lain “adakah menjadi seorang YB pembangkang memadai dengan menuding parit tersumbat, sampah tidak dikutip atau jalan berlubang”? Malah, ada yang sinis mengatakan YB pembangkang kerjanya sekadar mengkritik dan mencari kesilapan kerajaan.

Apakah tidak ada saluran lain selain melapor terus kepada pihak berkuasa tempatan jika berhadapan masalah sampah tidak dikutip?

Ada!

Mungkin orang ramai kurang maklum tentang Talian Khidmat Bantuan Awam atau dikenali Talikhidmat.

Perkhidmatan yang disediakan kerajaan negeri Sarawak itu boleh digunakan dengan mendail 082-555999. Perkhidmatan berkenaan disediakan 24 jam dan boleh digunakan oleh orang ramai di luar Bahagian Kuching.

Kini yang terbaru orang ramai juga boleh mengemukakan aduan dengan SMS perkara ke 62999 atau “web mobile” m555999.sarawak.gov.my.

Ada yang lebih terkini ialah pengguna dapat menyemak status aduan menerusi SMS!

Mana yang lebih mudah, menunggu ketibaan YB atau mencapai telefon bimbit anda dan seterusnya menghantar SMS?

Berikut ialah cara-cara mudah mengemukakan aduan dan menyemak status aduan.

image