Pandelela kebanggaan Sarawak di arena sukan kebangsaan.

Posted on April 18, 2012

0


TROFI Olahragawati negara menjadi milik atlet dari Sarawak, Pandelela Rinong, selepas mengetepikan ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, Nur Suryani Mohd Taibi (menembak) dan Fatehah Mustapa (berbasikal).

Kejayaan Pandelela tahun lalu dengan meraih pingat perak dalam acara 10m Platform individu di Siri Pertama Kejohanan Dunia di Rusia dan gangsa dalam acara sama pada Siri Kedua kejohanan yang sama di China melayakkan dia meraih gelaran utama ASN ini.

Pandelela yang berketurunan Bidayuh menerima habuan wang tunai bernilai RM20,000.

Apa yang membanggakan Sarawak ialah dia menyerlah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sarawak telah melahirkan ramai atlet renang dan terjun bertaraf dunia seperti Tania Bugo, Daniel Bego, Pandalela Rinong dan Bryan Nickson Lomas antaranya.

Pada malam Selasa, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menyampaikan anugerah-anugerah kepada para pemenang di Kuala Lumpur.

Senarai penuh penerima-penerima Anugerah Sukan Negara 2011.

Olahragawan -Dato’ Lee Chong Wei

Olahragawati Kebangsaan – Pandelela Rinong

Pasukan Lelaki Kebangsaan – Skuad Memanah Negara
(Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin)

Pasukan Wanita Kebangsaan – Renang
(Katrina Ann Abdul Hadi, Png Hui Chuen, Lee Zhien Huey, Yeo Pei Ling, Tan May Mei, Mandy Yeap Mun Xin, Tasha Jane Taher Ali, Gan Zhen Yu, Lee Yzhing Huey, Emanuelle Mah Thil Da)

Olahragawan Paralimpik Kebangsaan – Allahyarham Muhamad Salam Sidik

Olahragawati Paralimpik Kebangsaan – Hemala Devi Eni Kutty

Jurulatih Lelaki Kebangsaan – Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan

Jurulatih Wanita Kebangsaan- Rosniza Abu Bakar

Anugerah Kepimpinan Sukan- Datuk Seri Kee Yong Wee

Anugerah Tokoh Sukan – Tiada Pemenang

Anugerah Khas  – Shaharudin Jaffar

image

Posted in: Sarawak, Sukan