Hospital kerajaan di Petra Jaya akan jadi realiti.

Posted on April 19, 2012

0


TERNYATA ia bukan janji kosong Barisan Nasional semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 seperti yang didakwa sesetengah pihak apabila baru-baru ini projek pembinaan Hospital Petra Jaya dikatakan kini dalam peringkat menyiapkan pelan reka bentuk bangunan dan tender akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Pastinya, berita baik seperti ini amat dinantikan oleh penduduk di kawasan Petra Jaya yang merangkumi Matang dan Santubong. Ini merupakan penyelesaian terhadap masalah kesesakan pesakit yang dihadapi di Hospital Umum Sarawak pada ketika ini.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak , Dr. Chin Zin Hing dipetik menerusi akhbar berkata pembinaannya dijangka siap pada tahun 2015.

Hospital menelan kos pembinaan RM460 juta yang memuatkan 300 katil itu akan dibina atas tapak seluas 16 hektar di Petra Jaya.

Pada April 2011, iaitu menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kementerian sedang dalam proses mengenal pasti lokasi projek tersebut.

“Dengan adanya hospital dan klinik baru, maka kesesakan di Klinik Kesihatan Tanah Putih dan Hospital Umum Sarawak akan berkurangan. Pelan pembinaan ini telahpun diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

“Buat masa kini kita tidak ada maklumat tepat mengenai kosnya kerana rangka pelannya belum keluar. Jadi peruntukan sebenar belum dapat diumumkan, selepas siap reka bentuk dan keperluannya, saya rasa antara RM300 (juta) ke RM460 juta.

“Kesesakan di hospital ini memang merupakan satu isu besar di sini, sebab itu kita turut menyediakan pelan perancangan untuk membina bangunan berkenaan bagi membantu mengurangkan kesesakan,” katanya.

Semoga orang ramai terus menyokong Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-13 berdasarkan kesungguhan pemimpin-pemimpinnya melaksanakan projek-projek yang memberi manfaat terhadap rakyat.

Berita mengenainya:-

Posted on April 25, 2012, Wednesday

Petra Jaya Hospital to be built at a cost of RM400m –RM500m million

KUCHING: The 300-bed Petra Jaya Hospital at Jalan Diplomatik here will be built at a cost of RM400 million-RM500 million.

Director of the state Health Dept, Dr Zulkifli Jantan, said they were currently holding a series of meetings to finalise the specifications and designs of the new hospital.

“We will give it six months for the construction of the hospital to begin and we expect it to be completed within three years,” he said when asked about the hospital at a press conference at the Sarawak General Hospital here yesterday, which was also
attended by Second Finance Minister Dato Sri Wong Soon Koh.

Dr Zulkifli said there would not be any problem with the construction of the new hospital considering that the plot of land was readily available.

He, however, could not confirm the size of the land but said that it was certainly bigger than the one at SGH. – www.theborneopost.com