Begitulah wakil rakyat BN, sering jenguk kawasan.

Posted on April 21, 2012

0


TIDAK merayu undi orang ramai di sesebuah kawasan pada musim pilihan raya semata-mata, tetapi terus menerus menjenguk rakyat di kawasan masing-masing selepas menang, malah ada yang kecundang tidak menganggap perjuangan demi rakyat berhenti setakat itu sahaja.

Itu merupakan antara ciri yang dimiliki oleh wakil rakyat Barisan Nasional, tidak mengira di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Mereka gigih bekerja demi melihat masalah rakyat diselesaikan dan projek pembangunan terus dilaksanakan. Bukan sekadar mulut manis ketika berkempen pada pilihan raya, tetapi mereka ikhlas dalam berjuang membangunkan negeri Sarawak.

Ada beberapa wakil rakyat memiliki jadual yang begitu padat pada setiap hujung minggu – umpama tidak ada masa untuk diluangkan bersama keluarga dan berehat di rumah. Siapa kata jadi YB mudah dan semua orang boleh.

Seorang wakil rakyat (nama sengaja tidak didedahkan) daripada Barisan Nasional pernah memberitahu menjadi seorang wakil rakyat memerlukan tenaga dan kekuatan minda yang ‘ultra’. Jika tidak kental semangat, seseorang YB itu mungkin akan mengalah dengan kekurangan masa untuk diri sendiri dan keluarga.

Malah, seorang wakil rakyat daripada sebuah parti pembangkang mengakui apa yang diperlukan oleh seseorang YB ialah ‘tenaga yang lebih’ dalam melaksanakan tanggungjawab sama ada di kawasan atau ketika persidangan Dewan Rakyat.

Tetapi wakil rakyat Barisan Nasional setakat ini tidak pernah merungut dengan masa yang kurang untuk mereka sendiri atau letih kerana menghadiri sekurang-kurangnya dua majlis dalam sehari. Awal-awal lagi ketika dicalonkan dalam pilihan raya mereka mungkin sedia maklum bahawa kerja sebagai wakil rakyat bukan mudah. Apatah lagi mereka wakil rakyat Barisan Nasional. 

Tidak seperti daripada parti-parti pembangkang yang boleh ‘hidup’ dengan sekadar mengkritik polisi dan tindakan kerajaan menerusi akhbar atau dalam sidang Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Lebih berat jika seseorang wakil rakyat itu merupakan menteri atau menteri muda atau timbalan menteri. Bayangkan dia perlu juga perlu menunaikan tanggungjawab di kementerian yang menuntutnya untuk masuk pejabat, bermesyuarat, melayan tetamu dan menghadiri majlis-majlis jemputan di bawah portfolionya.

Kesimpulannya, tidak mudah seperti yang disangka apabila bergelar Yang Berhormat apatah lagi memegang gelaran Yang Amat Berhormat.

Renung-renungkan dan hayati perjuangan seorang YB dalam artikel berita New Sarawak Tribune di bawah :-

Rep’s regular visits lauded by villagers
Friday, 20 April 2012 11:17

BRUIT : Semop State Assemblyman, Abdullah Haji Saidol is commended by the people in Bruit for his regular visits to the ground in his constituency ever since he was elected a year ago.

The first timer people’s representative is on the ground almost every week, not only to understand the problems faced by the people here, but also being able to attend to almost every complaint and urgent matter faced by the electorates in the vast constituency.

“We like our present YB Abdullah Hj Saidol as he is not only easily accessible, but also comes around to visit and listen to us,” on senior citizen commented reflecting the many favourable comments from grassroots leaders and ordinary folk in the mainly fishing community.

Abdullah, who is also Chief Political Secretary to the Chief Minister, is friendly, lending his ears and is sympathetic to the people’s daily complaints.

The people said that their representative does not put any wall of formalities and as such he is easy to talk to.

“We are so grateful to YB Abdullah for always being there when we need him and we also know that he has great plans for Bruit and other villages scattered in his constituency,” they said.

“Each time he comes around we get very excited as he can mingle with us and listens to our problems,” they added.

Just recently, Abdullah visited Kampung Bruit, to ensure that all the minor projects implemented in the village were progressing well, according to schedule.