Empat rentung dalam kebakaran di ladang di Mukah.

Posted on April 22, 2012

0


EMPAT orang sekeluarga dilaporkan rentung dalam satu kebakaran membabitkan rumah pekerja di Ladang MP1-Pelita, terletak kira-kira 60 kilometer dari Bandar Mukah pada awal Ahad.

Portal berita Sarawak Update melaporkan mangsa-mangsa dikenali William Uja anak Linggi 22, Magdelena anak Mamba 22, Francis Fabregas, 2, dan Fancie Fanilia yang baru berusia dua bulan.

Mereka sekeluarga dikatakan berusaha keluar dari pintu depan ketika kebakaran bagaimanapun gagal.

Jiran-jiran cuba membantu menyelamatkan mangsa turut gagal berbuat demikian.

Jasad semua mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Mukah.

Posted in: Sosial