BN janjikan kemudahan kesihatan terbaik untuk rakyat.

Posted on April 24, 2012

0


SELEPAS bidang pendidikan perkara tumpuan utama kerajaan ialah kemudahan kesihatan di kalangan rakyat.

Pendidikan penting bagi meneruskan kesinambungan tenaga kerja yang mahir dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.

Manakala kesihatan pula tidak jauh beza dengan tujuan penyediaan kemudahan pendidikan. Jika rakyat tidak sihat, di mana pula kerajaan hendak mendapatkan tenaga kerja.

Justeru, kemudahan kesihatan di kalangan rakyat merupakan satu fokus utama kerajaan.

Disebabkan itu juga kepimpinan perdana menubuhkan Klinik 1Malaysia yang menawarkan perkhidmatan lebih panjang masanya berbanding klinik kesihatan.

Lebih meyakinkan bahawa kesihatan itu agenda penting ialah apabila yuran perubatan amat berpatutan dikenakan terhadap pesakit. Bayangkan RM1 untuk mendapatkan khidmat nasihat dan ubat-ubatan. Tidak banyak negara yang berbuat demikian.

Malah untuk kes di Sarawak, Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan doktor udara bagi kawasan-kawasan pedalaman yang mana penduduknya tinggal jauh dari pusat perubatan.

Bayaran helikopter itu bukan murah, dan ia ditambah dengan pengorbanan doktor-doktor dan petugas perubatan yang lain. Ini bermakna kesihatan dan nyawa rakyat di pedalaman tidak diabaikan.

Jabatan Kesihatan juga sering menerbitkan risalah-risalah kesihatan kepada orang ramai tentang bahaya sesuatu penyakit. Ini bertujuan agar orang ramai mempunyai kesedaran terhadap penyakit yang boleh dielakkan, atau dengan kata lain “mencegah lebih baik dari merawat”.

Sebagai pelengkap terhadap perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan kerajaan, penubuhan klinik dan hospital swasta turut disokong demi memberi tahap perkhidmatan yang lebih baik kepada mereka yang berkemampuan.

Jika anda merasa hidup di Malaysia atau Sarawak khususnya tidak sebaik yang anda idamkan, cuba renungkan apa yang disediakan. Lazimnya, kita manusia akan menghargai sesuatu apabila kehilangannya. Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada.

Posted on April 24, 2012, Tuesday

Kemudahan perubatan di Sarikei meningkat.

SARIKEI: Kira-kira 133,572 penduduk Sarikei dan sekitarnya menikmati kemudahan perubatan yang canggih dan moden secara berperingkat sejak tahun lepas.

Ia bermula dengan langkah menjadikan Hospital Sarikei sebagai Hospital Pakar Minor dengan membawa masuk beberapa doktor pakar.

Sejak tahun lepas sebanyak empat doktor pakar berhidmat di Hospital Sarikei dan semua usaha yang dijalankan ini menunjukkan bahawa kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN) memberi keutamaan terhadap kualiti penjagaan kesihatan rakyat di negara ini amnya.

Ahli Parliman Sarikei Ding Kuong Hiing berkata, tiada perkara yang lebih berharga selain daripada mempunyai tubuh dan minda yang sihat dan oleh sebab itulah kerajaan sentiasa memperbaiki kemudahan hospital dan menambah tenaga kerja.

Sehubungan itu beliau meminta kakitangan yang telah dilantik agar menyampaikan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat yang datang dan memerlukan perkhidmatan.

“Melalui pengagihan sebuah unit mesin haemodialisis, sebagai tambahan kepada mesin yang telah ada, saya berharap segala pemeriksaan dan rawatan dapat berjalan dengan lancar.

“Pengagihan empat unit pendingin hawa pula, iaitu di klinik pergigian adalah untuk memberikan suasana yang selesa kepada pengunjung dan meringankan beban sakit yang mereka hadapi, secara psikologinya,” katanya.

Ding berkata demikian ketika lawatan kerja dan melakukan penyerahan sebuah mesin haemodialisis kepada Hospital Sarikei dan empat unit pendingin hawa kepada Klinik Pergigian Sarikei, semalam.

Kos bagi sebuah mesin haemodialisis adalah sekitar RM40,000  manakala bagi empat unit pendingin hawa  ialah kira-kira RM8,000, kata Ding.

Ding berharap pihak Hospital Sarikei akan sentiasa berusaha memberi yang terbaik kepada masyarakat dan beliau berjanji akan sentiasa membantu.

Sementara itu dala majlis yang sama, Pengarah Hospital Sarikei Dr Tey Siew Chang dalam ucapan alu-aluannya berkata, Hospital Sarikei telah mempunyai empat doktor pakar yang terdiri daripada pakar pediatrik, pakar ortopedik dan gastrik (O&G), pakar mata dan pakar perubatan dalam.

“Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami atas keprihatinan para pemimpin kerajaan ini, kami selaku kakitangan Hospital Sarikei berjanji akan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat melalui kualiti perkhidmatan  terpuji.

“Pada masa yang sama kami juga memohon kepada pihak Yang Berhormat agar membantu dan menyo-kong kami untuk mendapatkan perkhidmatan kepakaran dalam bidang anaestesiologi.

“Kehadiran pakar anaestesiologi ini amat penting supaya perkhidmatan pakar-pakar yang sedia ada dapat dioptimum dan kemudahan Pusat Rawatan Rapi (ICU) dan pembedahan dapat digunakan secara total demi kepentingan rak-yat,” jelas Dr Tey. – www.theborneopost.com