Moga Tan Kai tidak awal mengalah demi kemenangan BN di Bandar Kuching.

Posted on April 25, 2012

0


BERPANTANG maut sebelum ajal. Mungkin kata-kata itu yang cuba disematkan bakal calon Parlimen Bandar Kuching daripada SUPP, Tan Kai yang akan berhadapan dengan calon DAP – dijangkakan penyandangnya, Chong Chieng Jen akan mempertahankannya.

Tan Kai. Harapan SUPP rampas Bandar Kuching.

Parlimen Bandar Kuching merupakan antara kerusi tumpuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Menjadi tumpuan kerana ia dikatakan sebagai kubu kuat DAP yang mencerminkan komposisi majoriti pengundi Cina di bandar. Mereka dikatakan muda dan berpendidikan – berbeza dengan komposisi pengundi luar bandar yang majoriti sudah berusia.

Justeru, cara pengendalian golongan muda dan berpendidikan tinggi adalah lain set formulanya berbanding di luar bandar.

Chong Chieng Jen yang juga Setiausaha DAP negeri Sarawak menang kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum pada tahun 2004 apabila dia menewaskan ahli perniagaan Datuk Wee Kok Tiong.

Kemudian pada Pilihan Raya Umum 2008, Chong Chieng Jen sekali lagi dipilih sebagai wakil rakyat apabila menumbangkan bekas Ketua Pemuda SUPP, Sim Yaw Yen dengan majoriti undi 9,952.

Tan Kai kini menjawat jawatan Ketua Pemuda SUPP menerusi perhimpunan perwakilan tiga tahun sekali parti pada Disember 2011.

Apa yang menarik kali ini ialah untuk menilai sejauh mana tingginya daya usaha dan semangat juang Tan Kai dalam menebus maruah parti majoriti Cina itu.

Sudah menjadi bualan orang bahawa SUPP yang kini dipimpin oleh Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sejak Disember 2011 merupakan parti yang kian rapuh sokongan di kalangan penduduk Cina di kawasan bandar.

Orang ramai muncul dengan telahan bahawa Tan Kai akan mengikut jejak langkah dua ‘senior’nya yang tersungkur di tangan Chong Chieng Jen. Mereka yang membuat andaian awal itu mungkin terlalu yakin dengan sentimen pengundi Cina berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak pada April 2011.

Ada yang cuba menaikkan semangat Tan Kai dengan memberi kata-kata perangsang bahawa keputusan pilihan raya yang lepas tidak bermakna sama dengan pilihan raya kali ini. Kerajaan dah banyak membuat perubahan – itu yang pasti.

Peluang BN untuk memenangi kerusi Parlimen Bandar Kuching wajar disertakan dengan semangat juang yang tinggi seperti dimiliki Tan Kai. Dia enggan mengaku tewas terlalu awal.

Pengadil belum meniup wisel, justeru jangan SUPP mengangkat bendera putih.

Selain Tan Kai, bakal calon SUPP yang sudah diumumkan ialah Datuk Richard Riot Jaem bagi mempertahankan kerusinya di Parlimen Serian dan Ding Kuong Hing juga mempertahankan kerusi di Parlimen Sarikei.

SUPP juga akan bertanding di Parlimen Stampin, Sibu, Lanang dan Miri. Bagaimanapun empat kawasan berkenaan, calon-calonnya, masih dalam proses penelitian.

Tuesday April 24, 2012
Tan Kai not giving up hope yet on Bandar Kuching

KUCHING: While many political observers have written off the chances of SUPP to wrest back the Bandar Kuching seat from DAP in the coming general election, SUPP Youth chief Tan Kai, however, is not about to give up hope just yet.

Regardless of the outcome, he said the most important thing was that he would have to work hard to win the heart and mind of the voters.

“Since I have been nominated by the party, I must do my best to win the seat. I just have to put aside whether I would win or lose in this battle. After all, there is nothing to lose for me,” he said when commenting on his nomination by SUPP as a Bandar Kuching candidate.

Tan, 42, was elected as the party’s Youth chief in its delegates conference end of last year. He is a graduate from National Cheng Kung University, Taiwan with a degree in electrical engineering. Currently, he is working with an electrical contractor that specialises in high-voltage sub stations.

To stand a chance to win in this constituency of more than 50,000 voters, Tan said he had to engage with the youths by organising more sports, education and youth-related activities.

“As the youth chief, I have to be able to engage with the young people. The party has emphasised on transformation since the president Datuk Seri Peter Chin took over last year.

“We are looking at beefing up our publicity and information technology through training slated for party members,” he added. He said new faces would also be put in charge of the election campaign this time.

“The strategy will be a total change from the previous campaigns as we will be adopting new approaches,” he said.

In the 2008 general election, DAP’s Chong Chieng Jen retained Bandar Kuching when he defeated SUPP’s former Youth chief Sim Yaw Yen with a 9,952-vote majority.

Chong first won the seat in the 2004 general election when he defea-ted SUPP’s candidate and prominent businessman Datuk Wee Kok Tiong. – www.thestar.com.my