Wong Ho Leng tidak yakin mampu pertahan Parlimen Sibu.

Posted on April 25, 2012

0


KADANG-kadang mimpi ngeri yang kita alami menjadi kenyataan, dan apabila menjadi realiti ia amat mengecewakan. Jiwa tidak tenteram dan besar kemungkinan cuba menuding jari siapa punya angkara.

Malah lebih buruk apabila kelemahan dalam diri sendiri gagal diselami.

Situasi itu mungkin sesuai dikaitkan dengan berita yang disiarkan Borneo Post Online pada 25 April 2012.

Wong Ho Leng, Ahli Parlimen Sibu, bakal berhadapan dengan penilaian semula oleh rakyat atau pengundi di kawasan Parlimen Sibu yang dimenangi menerusi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu pada 16 Mei 2010.

Lebih menimbulkan kengerian bagi Wong Ho Leng ialah pada pilihan raya berkenaan dia yang juga Pengerusi DAP negeri Sarawak hanya menang dengan majoriti 398 undi. Angka yang memang menggerunkan sesiapa yang menjadi penyandangnya.

Apatah lagi andai kata pengundi tidak puas hati dengan khidmat yang diberikan oleh dia selama mana menjadi wakil rakyat.

Dan mungkin menambah burukkan keadaan apabila calon dari pihak lawan mempunyai pengaruh. Dalam kes ini, SUPP dikatakan bakal mengetengahkan Temenggong Vincent Lau yang memang sejak sekian lama mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat di Sibu.

Justeru, kebimbangan Wong Ho Leng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Asek memang ada asasnya.

Tidak hairan kelak jika dia tewas macam-macam dakwaan menyusuli keputusan.

Keputusan Pilihan Raya Kecil Sibu 2010.

Posted on April 25, 2012, Wednesday

Ho Leng admits difficult to retain Sibu

SIBU: Sibu MP Richard Wong Ho Leng has admitted it would be tough to retain his seat in the forthcoming parliamentary election if he were to face off with Temenggong Vincent Lau Lee Ming of SUPP.

Personae aside, the emergence of over 900 postal voters in the constituency he won in the 2010 by-election worries him
most.

“I have brought up the matter in Parliament but the Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri (Abdul Aziz) could not give a clear cut answer as to where these postal voters originated from,” he told a press conference yesterday morning.

In the last election, Wong said there were 2,250 postal voters but the figure had increased to 3,159.

Wong said the extra 900 postal voters could even swing the result in BN’s favour.

Wong said when he brought the matter up in Parliament, Nazri said there was no record as to where these postal voters came from.

“Nazri was unable to tell us how many from Semenanjung Malaysia were posted to Sarawak and where they were from, whether they were from Perak, Negri Sembilan or other states.”

Wong said this was clearly against the autonomy of the state over immigration laws.

“Our point is we want the future of Sarawak to be determined by Sarawakians, not by those from the peninsula,” he explained.

Wong said if these security personnel were from the peninsula, they should be posted to their respective states in the peninsula.

Wong said he had brought up the matter many times, but Nazri had refused to give a clear
answer. – www.theborneopost.com